Tuesday, November 29, 2011

Trainee A Trainee B


1) Apa yang menyebabkan anda berminat menceburkan diri dalam bidang penyelengaraan kapal terbang ni?
 

Trainee A : Saya tertarik dengan kecanggihan sistem kapal terbang moden serta cabaran yang menanti dalam bidang ini. Saya seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa yakin atas kebolehan diri sendiri. Lagipula kebanyakan ahli keluarga saya memang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penyelengaraan kapal terbang ini. Boleh dikatakan sudah ada dalam darah daging saya.
 

Trainee B : Saya masuk ni sebab dah tak ada pilihan lain lagi. Saya ada memohon program perguruan serta program universiti tetapi tidak berjaya. Lagipula program penyelengaraan kapal terbang yang saya masuk ini adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak penaja. Jadi ini satu peluang keemasan bagi saya, Tak kira la apa pun hasilnya bila bercakap tentang benda percuma semua orang akan kata Ya...

2) Sebelum memasuki bidang ini, sejauh mana pengetahuan anda mengenai kapal terbang. 

Trainee A : Seperti yang telah saya katakan tadi, kebanyakan ahli keluarga saya terlibat dalam bidang ini, jadi kebanyakan benda-benda asas mengenai bidang ini sudahpun saya pelajari sejak saya kecil lagi. 

Trainee B : Saya cuma tahu MAS ngan Air Asia sahaja. Naik kapal terbang pun saya tak pernah.
Saya cuma tahu yang kapal terbang pengangkutan udara memendekkan masa perjalanan untuk sampai ke destinasi yang jauh dan sukar dicapai dengan kenderaan darat. 

3) Boleh ceritakan sedikit gaya hidup anda sebagai seorang trainee dalam konteks pergaulan dengan rakan-rakan sebaya.
 

Trainee A : Kebanyakan rakan sebaya saya sama seperti saya, berlatarbelakangkan keluarga yang terlibat dalam bidang ini. Ada antara ayah mereka yang berprofesion sebagai seorang juruterbang, pengarah bahagian keselamatan, pengarah bahagian sumber manusia, Pengurus Projek, dan ada juga yang ayah mereka jurutera kapal terbang. Jadi tidak menjadi masalah untuk kami memahami satu sama lain. Kami banyak berbincang tentang hal-hal semasa dalam dunia penerbangan serta masa depan kami dalam konteks penyelengaraan kapal terbang.
 

Trainee B : Saya kalau berjumpa rakan sebaya kebanyakan masa dihabiskan dengan bersembang pasal bolasepak, awek, siri TV serta sedikit sebanyak mengenai politik. Kalau saya sembang pasal kapal terbang pun ada antara mereka yang tak faham. Jadi lebih baik bersembang pasal benda lain yang boleh menghidupkan suasana.

4) Sejauh mana ibubapa anda tahu dan mengambil berat pasal kerjaya awak sekarang ni.
 

Trainee A : Ayah saya tahu apa yang saya lalui dan kalau ada masalah yang perlukan penglibatan dan campur tangan mereka. Mereka akan terus memainkan peranan. Saya tidak pernah risau akan masalah yang akan datang kerana saya tahu ayah saya ada untuk memastikan keadaan jadi lebih baik untuk saya dan kawan-kawan saya.
 

Trainee B : Ayah saya kat kampung cuma tahu saya masuk program pasal kapal terbang. Setakat itu sahaja. Pertanyaan yang selalu saya terima dari ayah saya ialah, bila saya nak habis belajar. Kadang-kadang mereka membandingkan saya dengan anak jiran sebelah rumah yang sudah pun selesai diploma dan degree di universiti tempatan yang sekarang ini sudah pun memulakan alam pekerjaan dan dalam langkah untuk mendirikan rumah tangga ataupun memiliki kereta sendiri. Tak pernah pula ayah saya bertanya berapa dah essesment yang saya buat dan berapakah ass log yang telah saya hantar.

5) Apakah yang mendorong anda untuk berusaha lebih gigih dan seterusnya berjaya dalam bidang ini.
 

Trainee A : Ahli keluarga saya. Kalau ayah saya, abang saya, kakak saya mampu melakukannya kenapa tidak saya.
 

Trainee B : Persekitaran saya, orang kata kerja LAE gaji banyak. Boleh pakai kereta mewah. Jadi itu yang mendorong saya untuk berusaha lebih gigih. Mengubah kehidupan jadi lebih baik.
 
Apa beza Trainee A ngan Trainee B?
Walau apa pun perbezaan antara mereka hasil kejayaan mereke adalah ditangan mereka sendiri.
Kejayaan dicipta oleh orang biasa yang bekerja secara luar biasa..

Hidup kena terima hakikat
Peace No War.

Sunday, November 27, 2011

Lelaki yang boleh wat Ekbal Muhamad jeles

1) Lelaki yang memilik Superbike. 
Aku x kisah la macam mana ko boleh dapat Superbike ko 
Ko hutang koperasi ke, bapak mertua ko kasi ke 
atau ko memang kaya ke janji bila ko dah ada superbike dan bawa laju potong aku 
kat jalan raya memang aku jeles gila la ngan ko 


2) Lelaki yang power main Guitar Hero.
Lelaki macam ni x banyak kat Malaysia. Kalau search kat YouTube x da langsung orang Malaysia x kira laki or perempuan yang record dia main Guitar Hero. Aku kalau jumpa laki yang power main Guitar Hero kat Malaysia macam Dani memang aku terus gi cakap kat dia. "Bro aku jeles gile ngan ko.."


3) Lelaki yang berambut ala-ala mendiang Simoncelli.
Bagi aku lelaki yang rambut macam mendiang Simoncelli memang seorang lelaki yang patut untuk dicemburui. 
Aku dah lama nak wat rambut macam tu, tapi sebab kerjaya aku skg x membenarkan so aku hanya boleh mencemburui orang yang berambut macam tu. Kalau aku masuk Lim Kok Wing macam dak2 Felda lain dah lama dah aku wat. Serius.....

  
4) Lelaki yang boleh wat perempuan gelak. 
Aku ada seorang member yang bila dia cakap something pompuan2 mesti gelak. 
Even kadang-kadang aku x faham dan x rasa pown benda tu lucu. 
Sial...jeles gile ngan ko. Macam mana ko wat yek????

5) Lelaki yang terer main gitar karen.
Herman Li, Synyster Gates, Slash, Eddie Van Halen, Steve Vai 
Sumpah aku jeles gila babi ngan korang....
 
Banyak lagi sebenarnya...Tapi ni yang paling aku jeles la..
Jeles2 pown bukan leh wat apa2 kan. 
Teruskan menjeles je la kowt...

Hidup kena terima hakikat 
Peace No War. . .

Saturday, November 12, 2011

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang trainee

1) Muka tak malu...
Trainee kena ada sifat muka tak malu. 
Biarpun orang tak suruh wat keja g je wat keja tu
Biarpun kerja tu kerja member ko g je wat keja tu 
Biarpun orang tak sudi nak ajar ko g je tanya dia 
Paling penting biarpun orang lain anggap benda tu pelik bukan habit orang kat situ 
buat je janji benda tu bermanfaat tuk ko...


2) Kena ada telinga kuali. 
Telinga kena tahan dengar cemuhan. 
Telinga kena tahan dengar cercaan. 
Telinga kena tahan dengar hinaan. 
Telinga kena tahan dengar ejekan. 
Kesimpulannya telinga seorang trainee kena ada auto function jadi pekak bila 
ada bunyi2 tak baik pasal diri ko dari orang2 kat tempat keja especially hangar. 


3)Kena hati kering. 
Hati kena kering. X boleh fikir pasal EPL juara musim ni sape?
X leh nak fikir gadget mana yang power masa sekarang. 
Jangan langsung nak tau gossip artis2 terbaru. 
Bila member cite pasal hal-hal hiburan dunia keringkan hati untuk tidak mahu masuk campur 
atau berminat langsung dalam hal2 macam ni. 
Hati kena setia pada Aviation dan semua yg berkaitan dengan Aviation. 
Wat la smpai orang akan kata kat engko " Ko hati kering mana layan benda2 macam tu"

4)Daya ingatan dan otak kena lagi power dari orang lain. 
Bila orang tanya bila masa CSD Low Oil Pressure Light illuminate? 
Orang lain akan jawap when pressure drop to 120psi. Ko x leh jawap macam tu 
ko kena jawap
"The Low Oil Pressure switch operates at 120-160 psig. With increasing pressure, the switch opens at 160 psig and with decreasing pressure , the switch close at 120 psig. The switch controls the Low oil pressure light." Macam tu baru betul...


5) Sifat rajin yang melampau-lampau. 
Sifat rajin kena ada. Kalau dah ada tambah lagi kerajinan tu. 
Kalau dah tambah kerajinan tu tambah lagi jadi melampau-lampau. 
Rajin bertanya, rajin membaca buku, manual dan apa2 yang ada kaitan dengan kerjaya, 
rajin kerja even time break klu ada kerja yang boleh wat. 


6) Kalau anda Muslim ingatlah sentiasa pada Allah. 
Jangan Lupa Solat, hidup lah sebagai muslim sejati, ingat orang tua
hormat ibubapa, Doalah Mudah-Mudahan berjaya Dunia Akhirat....

Hidup kena terima hakikat 
Peace No War..

Saturday, November 5, 2011

Mana pergi watak idola sukan Malaysia?

"Asal Malaysia tak wat filem yang berunsurkan sukan dan boleh wat inspirasi pada anak-anak muda untuk berjaya dalam sukan sekaligus menaikkan martabat sukan di Malaysia ni" 
Itu adalah soalan yang aku sentiasa tanya dalam otak aku sejak aku tau apa itu filem dan reti nak tengok filem. Ada ke Malaysia wat filem pasal sukan-sukan ni? Atau aku tak pernah tengok sebab aku asyik tengok filem sukan owang putih je? Or sebab aku terlepas pandang? Kalau ada tolong la inform kat aku. Aku nak sangat tengok. 

Dulu aku ingat ada satu cite pasal sukan bola tampar sekolah menengah kalau tak silap nama cite tu Baginda. 
Cite tu zaman-zaman aku kecik-kecik lagi. Mungkin sebab masa tu aku tak berapa reti lagi nak menilai kualiti dan mutu sesuatu filem serta masage yang cuba nak disampaikan so aku rasa filem tu tak best. 
Tu dari pendapat aku sebagai seorang kanak-kanak masa tu. 

Then bila dah besar ni kuar plak cite Libas yang nak wat ala-ala Stephen Chow Shaolin Soccer tu. Aku tak tengok lagi cite tu sampai habis. Aku tengok beberapa minit awal aku terus tak nak tengok cite tu sebab aku tak berapa suka tengok cite genre lawak-lawak macam tu. Main sepak takraw Malaysia lawan Thailand. Pemain Malaysia pakai costume silat dan pemain Thailand pakai costume Muay Thai. Aku tak tau nak respon macam mana. Tapi yang pasti aku tak suka la. Lawan pun tempat macam perlawanan haram. Kalau korang pernah tengok cite FireBall filem Thailand pasal underground basketball campur MuayThai dia punya setting tempat lawan memang sebiji macam cite Libas ni. Tap cite tu memang pasal event haram pown so x kisah la. Libas ni? xkan event haram jugak kowt. Napa tak wat je scene kat gelanggang takraw sebenar. 
Kat Malaysia ni belambak kowt stadium takraw.  Dengan penonton betul, pakai jersi Malaysia betul. .Even Shaolin Soccer pown main kat stadium bola sebenar 

Paling aku tak berapa berkenan dan wat aku hilang selera nak tonton Libas ni bila aku tengok muka pengadil yang wat muka-muka bodoh tu. Terus aku hilang nafsu nak tengok cite ni. Kepada yang minat cite ni sorry la yek. Mungkin citarasa korang ngan aku tak sama. Besa la kan rambut sama hitam hati lain-lain begitu juga dengan citarasa. 

 Korang pernah tengok cite Remember The Titans tak? Kepada yang pernah tengok mesti korang ingat macam mana filem tu boleh bagi kita "goosebump" tiap kali setiap coach dia bagi ucapan pada anak-anak didiknya. Terutama ucapan masa kat grave lepas jogging pagi-pagi tu. Memang menyentuh perasaan. 
Kemudian bila tengok diorang belasah team jahat tu dan coach dia bagi pisang aku suka gile. Then bila scene kat hospital time Quarterback dia accident tu memang sedih. 
  



 Aku ni puji cite Mat Salleh lebih-lebih pula kan. Bukan macam tu, aku sebenarnya nak jugak pembikin-pembikin filem di Malaysia ni buat cite-cite yang macam tu, cite sukan yang boleh bagi semangat, bagi inspirasi pada anak-anak muda kita. Janganlah asyik wat cite pasal keruntuhan moral dan gejala-gejala sosial anak-anak muda dengan alasan nak bagi anak-anak muda kita tahu benda tu buruk dan harap diorang akan jauhi benda-benda tu. Cite pasal Mat Rempit, Bohsia, dan yang latest 3GP. Memang tak sesuai la aku rasa 

Mana lagi satu lebih smart filem Mat Rempit, ending dia mati eksiden motor atau dia jadi wakil pasukan terkemuka MotoGP. Kalau aku aku lebih prefer ending macam tu. Cite pasal seorang remaja yang dulu mat rempit bercita-cita nak jadi pelumba motoGP. Lepas tu sepanjang filem tu tunjuk dia punya kepayahan dan kesungguhan dia untuk berjaya. Last sekali dia jadi wakil Malaysia untuk lumba motor 250cc pun dah ok dah tu. Kita ada Litar Sepang ma...tu dah tempat paling best dah tu nak filem scene kat situ.

Iklan Ramli tu, iklan pendek je orang dah rasa best, cuba bayangkan tu trailer tuk filem. Anak muda Malaysia mengharungi pelbagai cabaran dan kepayahan dalam karier bola sepak. Senang.. trus tiru bulat-bulat je cite Goal owang putih tu. Mula-mula main untuk negeri menang Piala Malaysia then main untuk negara menang AFC Suzuki Cup dan last-last main untuk Man Utd. Best gile kowt kalau ada cite macam tu. 
Tapi itu cuma cadangan je la...Maybe budget nak wat filem macam tu mahal kowt. Kekangan budget kan. Tak leh wat apa dah...



Budget cuma ada untuk wat cite hantu seram, hantu lawak, or cite lawak. Lagi satu aku hairan la, rakyat Malaysia memang suka gile tengok cite-cite genre macam yang aku sebutkan kat atas tu kan. Kalau tak takkan la boleh capai kutipan berjuta-juta. Hmmm....mungkin yang bercitarasa macam aku ni sikit kot dan kalau ada pown kita akan digelar bercitarasa pelik. Ni kuar cite pasal Toyol pulak ni. Aku tengok trailer hmmmm....lawak apa yang cuba nak disampaikan pulak kali ni. 

Apa-apa pun aku masih muda dan mungkin aku berpeluang juga satu hari nanti tengok filem sukan malaysia yang boleh wat aku rasa sama macam yang aku rasa masa aku tonton filem Remember The Titans, Goal atau lagi teruk masa aku tengok Slam Dunk dan Overdrive. Hehehe....Slam Dunk jauh lagi best dari filem Malaysia eventhough dia cumalah anime yang dibuat lebih 10 tahun lepas.

Hidup kena terima hakikat 
Peace No War...

Thursday, October 20, 2011

Still On the Way to METC.

Masa untuk sambung cerita. Pasca interview.
Lepas selesai interview aku pun balik la ke rumah ku di FELDA UMAS.
Tunggu keputusan dapat ke tak dapat.
Akhirnya setelah beberapa lama menunggu,aku dapat panggilan yang aku layak.
So seperti biasa nak masuk mana-mana pun kena buat medical check-up. Aku pun pergi la wat medical check-up kat klinik yang telah ditetapkan oleh pihak penaja aku. Ceh...besa la further stdy fully sponser kowt.
Apabila smpai di klinik tu, hanya beberapa ujian sahaja yang boleh dilakukan di situ. Lain-lain macam blood test, dan hearing test kena buat dekat hospital besar Tawau yang lebih canggih peralatannya serta lebih bersesuian.
Di klinik tu jumpa balik dengan Mozac ngan Elie. So sama-sama la pergi wat test2 lain.Bila dah selesai test semua aku pun dimaklumkan yang ujian hanya akan keluar beberapa hari kemudian, dan pihak klinik akan menghubungi aku bila keputusan ujian selesai. Balik la rumah. Aku ingat lagi dulu zaman-zaman ayah aku lom beli kereta,nak g bandar Tawau payah gila. Kena naik kereta sapu.Tambang masa tu dalam tahun 2005 RM5. Orang Tawau panggil kereta sapu "Kerong-kerong". Aku pun x berapa pasti knpa nama tu boleh wujud.
Hahahaha.....Di pendekkan cerita. Beberapa hari kemudian aku pun terima la panggilan tuk amik keputusan ujian kesihatan aku. Masa pihak klinik kol aku tu, aku ingat lagi time tu hari Jumaat dalam pukul 3 lebih macam tu. Biar betul klinik ni aku dah la duk FELDA Umas, nak ke bandar Tawau kena amik masa lam sejam lebih, tu pun klu g stesen terus dpt kereta sapu. Ye la, mana la pak cik tu nak gerak klu kereta dia x full. Tak balik modal la dia nak bayar minyak tuk hantar aku seorang je...
Paling awl smpai kat bandar Tawau pun lam pukul 5, result tu kena hantar kat Pejabat MAS Tawau, pukul 5 konfom2 dah tutup office dah.
So aku pun amik keputusan aku akan pergi hari Sabtu. Keesokan harinya pun aku gerak la g bandar Tawau. Smpai klinik aku pun amik la result tu, aku amikkan la Mozac ngan Elie punya sekali, ya la dorang duk Lahad Datu kowt, bapak jauh gila nak amik. Untuk info korang, masa perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau sama macam ko balik kg dari KL ke JB time raya puasa. Betul. x tipu. So aku tolong la. Lepas tu bawa result  pegi Pejabat MAS Tawau. Bila aku pegi situ, pejabat tutup. Sabtu minggu keberapa ntah time tu, janji sabtu time cuti. Tak pe la aku pun bawa la dulu balik result tu, hari isnin baru aku hantar.
Kena g bandar Tawau lagi. Bila aku ingat balik betapa payahnya dulu nak berurusan untuk hal-hal macam nak further study bagi aku yang duk kat area2 pedalaman ni. Lebih2 lagi yg x da kenderaan sendiri. Surat lambat sampai, mesin fax x ada, internet? konfom2 la x ada, dah line fon pun time tu limited.
Aku pernah melepak depan kedai buku berjam-jam semata-mata nak tunggu Akhbar Berita Harian sampai sebab aku nak check aku kena g PLKN ke tak. Lepas tu nak daftar UPU online kena g cyber cafe. siap minta tolong dia print lagi tu.
Hehehe....tapi semua tu mengajar aku untuk lebih menghargai apa yang aku ada sekarang. Kita tak kan tahu apa itu senang selagi kita tak pernah rasa apa itu susah. Apa2 pown begitulah cerita aku pasal pasca interview. Di post akan datang Insya Allah aku akan kongsi dengan korang semua pengalaman aku 1st time jejak kaki ke Tanah Sjung secara independent, tanpa bantuan cikgu atau guru kaunseling. Hehehehe....smpai bertemu kembali.



Hidup kena terima hakikat,
Peace No War.

Thursday, October 13, 2011

On the way to METC....

Jadi seorang Trainee Engineer bermakna anda akan mempunyai masa depan yang sangat cerah secerah pagi yang indah di Kuala Lumpur tetapi mempunyai masa kini yang sangat mencabar dan penuh dugaan. 
Aku masa mula-mula nak masuk program ini aku tak tau pun aku nak masuk apa sebenarnya. 
Aku pegi je temuduga kat Hotel Kingston Tawau tu dengan harapan ini lah pilihan terbaik aku semenjak aku lari dari Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan. 
Aku temuduga pun ntah apa2 je...tanya keputusan. Apa cita-cita? Soalan biasa...hmmmm..
Kemudian aku dapat panggilan kedua kena pegi temuduga di Pejabat Wilayah Sahabat di Lahad Datu. 
Nasib baik la time tu ada mak cik aku kat Felda Sahabat. Boleh la aku berfikir untuk pergi temuduga tu..
kalau tak tak tau la mana aku nak tinggal. Alhamdullilah..korang nak tau aku pegi Lahad Datu naik mini bas...Orang Tawau tau la apa tu Mini Bas. Aku mau naik "Wagen" tapi mak bapak ku ndak suruh, pasal laju kunun bilang dorang. Takut aku eksiden. 
Sampai jak di Lahad Datu Pak Cik ku amik aku. bawa p rumahnya. Jauh jugak rumahnya di Kilang Jeragan Bistari. Aku lepak la sana sementara tunggu hari temuduga. Bila tiba hari temuduga tu aku pun kena hantar la p pejabat Wilayah Sahabat. Di situ la aku jumpa Si Elie Zarson sama Si Mozac. Kawan seperjuagan aku di sini sekarang ni. Si Elie sudah senang lenang jadi Junior Tech di KLIA, aku sama si Mozac masih lagi pakai baju biru ada nombor 4 di bahu...makan elaun 750 sebulan...Syukur ada rezeki tuk makan sebulan. 
Dipendekkan cerita temuduga tu berjalan 2 sesi, sesi pertama sesi jawap soalan bertulis. Pilih A, B, C, atau D Soalan macam-macam ada pasal fizik ada pasal Math ada jugak pasal sikit-sikit pengetahuan am. 
Habis jawap exam aku pun rehat sekejap. Ada briefing pulak pasal program kami ni, ada sikit soal jawap dengan ibu bapa calon. Memandangkan makbapak ku kena tinggal di Tawau, ndak ada lagi kereta kami time tu aku duduk jak la dengar ibubapa calon bersoal jawap dengan wakil pihak MAS. Habis sesi tu keputusan untuk sesi pertama pun dikeluarkan. Dia tampal dekat bilik mau temuduga sesi ke-2 tu. Tengok-tengok ada nama aku. Alhamdullilah...lepas. Turn aku pukul 3. so ada masa lagi lepak2 dulu, Zuhur dulu. Sampai jak turn aku. Aku pun masuk...Dalam tu ada Puan Rabbani dengan Encik Helmi kot tak silap aku la..
Diorang pun suruh la aku perkenalkan diri in English. Hantam je la...janji ada bunyi2 BI. Paling aku tak boleh lupa time dia suruh aku kenal alat-alat kat atas meja tu. Yang aku kenal time tu playar je la. Bila aku sudah masuk sini baru aku tau ada yang ada cermin tu namanya inspection mirror. Keluar dari bilik temuduga perasaan kosong tak da fikir apa2 pun. Hahaha.. ya la bukan kita punya minat kan memang la x da feel. lain la kalau aku kuar dari interview nak jadi Student Exchanged to USA baru la aku boleh cakap berdebar ke, kecewa ke rasa tak wat yang terbaik ka....Apa2 pun semua terserah pada Allah S.W.T.Kita hanya mampu merancang.
Ok la sampai sini dulu catatan perjalanan nak masuk METC aku. Aku akan sambung di post akan datang pasal pasca interview. Ok Jumpa lagi...

Hidup kena terima hakikat..
Peace No War...

Friday, October 7, 2011

Serius shit aku benci korang...

 Apa beza muzik yang diperjuangkan oleh anak-anak muda sekarang dengan suatu ketika dulu. 
Kenapa karya anak-anak muda suatu masa dahulu boleh pergi jauh dan diterima bukan sahaja oleh local fan malah ada fan antarabangsa. Kenapa?
Aku malas nak cerita, korang tengok la dan hayati 2 buah karya di bawah ni dan compare.
Lepas tu fikir la sendiri. 




Hidup Kena Terima Hakikat. 
Kalau dah Melayu tu tak kan jadi Korea.
Tapi kalau Melayu, ada identiti sendiri aku yakin boleh jadi better than anyone in this world.

Thursday, October 6, 2011

NurKasih.

NurKasih satu masa dahulu terkenal. Ramai orang suka tengok. 
Kawan-kawan aku semua suka tengok. 
Dan aku pun tengok jugak, sebab aku nak tau kenapa diorang suka tengok NurKasih ini. 
Bila aku tengok cerita NurKasih memang cerita dia best. Tetapi bagi aku, ada beberapa benda sebenarnya yang aku rasa kalau buat macam dalam drama ni dia akan jadi lebih best bagi aku.
Aku tak tau la plak kat orang lain best ke tak. .Sekadar pandangan saja.



1) Watak-watak dalam NurKasih ni mcm tak kena kalau pada pandangan aku. Memang aku akui Tiz, Ayu Raudah semua pandai berlakon, tapi kalau nak wat cerita yang sarat ngan mesage agama ni, kenapa tidak cari pelakon yang benar-benar ada imej bersih. Bertudung setiap masa. Tak da gambar-gambar seksi atau gambar-gambar wat benda-benda liar.Kenapa tidak pergi buat audition cari bakat-bakat baru yang boleh berlakon dan membawa watak Nur ini dengan lebih baik. Yang memang berciri-ciri macam watak Nur ni. 


2) Kebanyakan watak-watak perempuan dalam cerita ini tidaklah bertudung sepanjang masa. 
Alangkah baiknya kalau NurKasih ni, tidak ada satu  scene pun yang watak Nur tu tak bertudung. Sepanjang masa dia tutup aurat. Even ada scene ngan ahli keluarga or ngan suami pown dia akan still pakai tudung. Pernah tengok Filem Indon Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta. Watak perempuan dalam filem itu yang berperwatakan bertudung, kuat agama serta menjaga auratnya kita tak pnh lihat scene watak tu tak menutup aurat. Bagus..Penghayatan watak itu jadi lebih baik


3) Kenapa tak cari lelaki yang betul-betul fasih berbahasa Arab. Dan lelaki yang betul-betul fasih berbahasa inggeris. Ataupun kenapa tidak dilatih je Fizz Fairus berbahsa Arab dan Remy Ishak tu g kursus bercakap BI. Aku akan jadi lebih teruja tengok Nur Kasih ni kalau ada scene Aidil berceramah dia berceramah sama macam ceramah-ceramah agama yang besa kita dengar.Dia sebut hadis-hadis serta ayat-ayat Al-Quran dengan baik, ye lah sesuai dengan watak Aidil yang berpindidikan agama sejak kecil Si Adam pulak masa dia berada di Australia dia bercakap BI je sepanjang masa dengan awek orang putih dia tu.Dia balik Malaysia baru dia cakap Melayu. Barulah unsur-unsur relevan itu ada.

Aku tidak kata drama ini tidak bagus. Drama ini memang bagus. Jalan cerita, olahan plot, massage yang cuba disampaikan semua bagus. Cuma apa yang aku nak sampaikan disini ialah Drama Melayu sebenarnya ada potensi untuk pergi jauh. Cuma kita tidak mahu mencuba something new. Takut tak ada orang nak tengok. Takut rugi. Dan penonton pulak suka kepada benda-benda yang sedia ada. Tak mahu memberi peluang kepada perubahan. Harap-hrap masa akan datang, drama melayu akan lebih bervariasi dan lebih relevan dari segi jalan ceritanya. Aku ni cumalah penonton yang ada hak untuk meberi sedikit padangan pada drama yang aku tengok dan berharap ia boleh wat yg lebih baik.

Saturday, October 1, 2011

Carta Mengarut - Fav Boyband Song

Sekarang tibalah masa untuk carta mengarut Ekbal Muhamad.
Hari ini kita akan melihat carta Top 5 lagu-lagu fav Ekbal Muhamad dari zaman-zaman boyband
Zaman-zaman di mana sekumpulan anak muda berwajah kacak dan tampan berkumpul bersama membentuk kumpulan nyanyian yang lebih dikenali dengan nama boyband. Boyband ni popular di awal tahun 2000 dengan bertrendkan wajah yang kacak serta suara yang lunak. Tapi yang wat kau boleh follow boyband ni adalah sebab lagu-lagu dorang yang layan. Klu jiwang, jiwang gila. Kalau pop best rasa mcm nak menari sama.
Antara band yang terkenal ialah WESTLIFE, BSB, NSYNC, BOYZONE, BLUE, A1, dan sebagainya.
Sekarang aku nak share lagu fav boyband aku.

Tempat ke -5 
CURTAIN FALLS - BLUE
Blue. Ingat lagi x pada group ni.Terkenal dengan lagu All Rise dan One Love.
Dianggotai oleh 4 orang jejaka dari Britain Anthony, Duncan, Lee ngan Simon.
Lagu Curtain Falls ni fav aku sebab suara drg bila nyanyi lagu ni harmony gila
tambah alunan muzik yang catchy. Best...



Tempat ke - 4
Take On Me - A1
A1 adalah group yang terdiri dari 4 orang jugak sama mcm kumpulan BLUE tapi oleh kerana dah lama gila tak follow group ni aku dah lupa nama ahli-ahli dia. Kena google balik nak cari nama.
Tapi apa-apa pun lagu Take On Me yang drg nyanyi ni aku suka sebab rentak dia yang ala-ala techno tu.
Lagu ni sebenarnya ada bnyk version oleh artis lain, tapi aku lagi prefer yang ni. Best...Nak cerita kat krg aku sebenarnya tau 2 je lagu A1. Lagu ni ngan lagu Same Old Brand New You yang video clip dia kat Gas Station tu. Ingat lagi x? ala mesti korang tak ingat....




Tempat ke - 3 
THAT GIRL WILL NEVER BE MINE - NSYNC
Siapa tak kenal Justin Timberlake. Dari muda sampai dekat-dekat nak tua ni still lagi popular dan aktif dalam dunia hiburan ni. Dulu group Nsync dia ngan JC je yg suara sedap. Yang lain-lain tu mcm sekakar cukup kan kuota je..hehehe...Apa-apa pun dorang banyak fan time zaman-zaman boyband ni. Lagu That girl will never be mine ni aku minat sebab muzik dia yang rancak. Itu je x da sebab2 lain. hehehe...




Tempat ke - 2
DROWNING - BACKSTREET BOYS
NICK, AJ, BRIAN, KEVIN, HOWIE adalah manusia paling top time zaman-zaman boyband ni.
Dan BSB adalah group boyband yang paling berjaya dalam sejarah boyband. Lagu-lagu yang sdap dan catchy, video klip yang gempak-gempak, konsert yang full house serta jualan album yang laris adalah bukti betapa popularnya mereka ini. BSB bnyk lagu-lagu best sebenarnya yang aku minat. Tapi paling aku minat ialah Drowning. Ada something special pasal lagu ni yang wat aku jadikannya fav aku.



Tempat ke -1 
FLYING WITHOUT WINGS - WESTLIFE 
Kumpulan Westlife pun popular jugak dulu. Aku ada kaset Westlife dulu. Aku beli time aku form 3.
Hahaha. Westlife la group yang aku rasa aku hafal hampir kesemua lagu-lagu dia dari If I Let You Go smpai la Hey Whatever. Paling menarik pasal Westlife ni ialah suara dorang yang power bila nyanyi time live.
Pada yang pernah pegi show Westlife tu mesti tau betapa sedapnya suara Shane, Brian ngan Mark.
Lagu Flying Without Wing ni adalah lagu fav all time aku. Aku tak leh nak describe kenapa lagu ni fav aku.
Just dengar dan layan lagu ni......




Hidup Kena Terima Hakikat 
Peace No War.

Thursday, September 22, 2011

S...E..N..Y..U...M

Senyum...
Senyum adalah satu sedekah bagi yang ikhlas.
Bagi aku tiada yang lebih indah dari melihat seseorang senyum dengan aku. 
Tak kisah lah orang tu hensem ke...x hensem ke...lawa ke...x lawa ke 
janji dia senyum pada aku dengan penuh rasa ikhlas...
      Senyum itu satu perbuatan yang indah. Berselisih dengan orang yang tidak dikenali dan tiba-tiba dia melemparkan senyuman pada anda. Sudah pasti senyumannya akan kekal di ingatan anda. 
Senyuman seorang suami yang ikhlas mampu membahagiakan isterinya...
Senyuman seorang ibu mampu mengembirakan hati anak-anaknya...
Senyuman seorang guru mampu menerapkan nilai kasih sayang pada anak-anak muridnya..
Senyuman seorang sahabat mampu mengeratkan tali persahabatan antara mereka.

Senyuman adalah "body language" yang paling indah untuk di pamerkan pada orang lain. 
Biar berlainan bahasa, jika melemparkan senyuman sudah pasti difahami sebagai rasa senang dan bahagia untuk bersemuka dan pasti akan membalas semula senyuman itu. Mudah - mudahan bermula dari hari ini sentiasalah melemparkan senyuman pada orang di sekeliling anda. 
Hidup lebih ceria dan lebih positif....










Lagu-lagu ini menjelaskan bahawa senyum itu sesuatu yang indah...

Senyum...Senyum...Senyum...

Hidup kena terima hakikat
Peace No War.

Friday, August 26, 2011

Kebangkitan Geng Mawas


  
Lama tak menonton wayang dengan Pokpih. Kali terakhir tengok wayang dengan beliau ialah tak silap aku cerita lembap Percy Jackson The Lightning Thief time aku masih bergelar penduduk Kota Damansara ( zaman kanak-kanak ) So aku pun mengajak la Pokpih di kesibukan bazaar Ramadhan Subang Perdana. Dia pun bersetuju dan kami sepakat tengok filem Mawas yang Bijak. Pdut pun join sekali. Tengok midnight show pada hari rabu dengan harga yang murah. Al-maklumlah berjimat cermat nak dekat hari Raya ni. 

Secara keseluruhannya, filem Planet Of The Apes ni, adalah satu cerita yang tak indah khabar dari rupa. Mula-mula time aku tengok trailer dia, macam tak berapa nak best. Ye la dulu aku tengok Planet of The Apes yang kat TV3 tu aku tertidor selepas dalam setengah jam lantaran ketidak best-an cerita tu. Sebab memori tu aku pun rasa x payah la tengok filem ni kat panggung. Kemudian bila aku buka review pasal filem ni, semua orang cakap best. Aku pun terpengaruh la, besa la muda mudi sekarang ni kan mudah terpengaruh. Kemudian aku pengaruhi plak Pokpih dan Pidut g tgk sekali. 

Apa yang aku suka tentang filem ini ialah tentu sekali jalan ceritanya yang memang tersusun dengan baik. Perkembangan plot yang tak membosankan serta klimaks yang akan buat anda tahan kencing sebab tak nak terlepas setiap scene dalam cerita ni. Dari segi plot dan jalan cerita memang terbaik. Bila tengok cite ni ko akan cakap, aku memang x sangka la cerita dia macam ni. Memang best. 

Dari segi CGI plak memang x leh nak cerita la. Memang cantik dan realistik. Dulu zaman-zaman cerita Planet Of The Apes lama. Cast mawas dia ialah orang yang berpakaian dan dimekapkan jadi mawas ala-ala king kong dalam Bang Bang Boom tu. Sekarang ni semua CGI. So nampak real la mawas tu. dia punya ekspresi muka dan sebagainya. Memang something new yang harus di tonton. 

James Franco yang terkenal dengan watak Harry Osbourne dalam cite Spiderman adalah watak utama dalam cerita ini, dalam sangkaan aku la. Tapi ternyata sangkaan aku meleset. Sebelum aku tgk cite ini aku expect yang cite ni akan banyak scene manusia. Scene manusia nak cari cara tumpaskan mawas-mawas yang bijak ni. Tapi bila dah tengok cerita ni memang cerita ni pasal mawas. Banyak scene mawas, dan klu x ada pown scene tu akan jadi titik penting dalam watak mawas-mawas ni. Ini baru lah nama filem Planet Of The Apes. Nisbah scene mawas ngan manusia 80:20 watkan anda rasa Transformer 3 tak sepatutnya dipanggil Transformer. 



Dan yang paling penting bagi aku ialah watak Mawas Ceasar. Memang terbaik. Watak yang betul-betul hidup. Bila dia wat lawak orang kat panggung akan gelak. Bila dia wat muka serius orang kat panggung gelak lagi. Bila dia wat sedih-sedih lagi la orang kat panggung gelak. Pelik aku mamat kat atas aku tu, semua benda dia gelak, scene x lucu pun nak gelak. Ntah apa-apa. Klu nak bandingkan kehebatan watak Ceasar ni bagi aku macam Sofi Jikan la. Orang x berapa nak amik dia belakon tapi bila dia berlakon watak dia memang hidup dan akan watkan orang ingat watak tu sampai bila-bila. Nasib baik la Ceasar ni CGI, klu mawas betul mesti banyak offer berlakon filem lepas ni. 

 

Secara keseluruhannya, filem Planet Of The Apes : Rise Of Planet Of The Apes ini adalah satu filem yang bagus dan berbaloi untuk ditonton di panggung. Aku kasi 4 dari 5 bintang untuk jalan cerita, watak serta penambahan elemen-elemen istimewa yang akan wat anda terkezut. . .Ada masa lagi ni klu nak tonton kat panggung. Klu malas a.k.a x da budget gi la cari link download. Best....cite Mawas. Better cikit dari Mawi. .Ok Sampai jumpa lagi di review akan datang. 


Hidup kena terima hakikat 
Peace No War.

Satu Hari di Hari Raya,



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Will be offline for a week. What a wonderful Ramadhan this year. Hopefully will have a chance to meet with Ramadhan next year. All my friends ure a most welcomed to my house this Hari Raya. See you all there. 



Friday, August 19, 2011

Perjalanan Hidup - Bahagian 2

     Selepas kejayaan yang agak cemerlang dalam PMR, ayahku mengambil keputusan untuk melepaskan aku pergi jauh dari rumah. Aku menerima keputusan ayahku dan yakin bahawa ini adalah satu keputusan yang baik bagi aku. Aku pun mendaftar masuk ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu. Alhamdullilah sepanjang berada di sana selama 2 tahun, bermula tingkatan 4 smpai la hari terakhir aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, MRSM Kota Kinabalu adalah tempat paling istimewa dan telah memberi kesan yang besar dalam hidup aku. Di sini lah aku berkenalan dengan rakan-rakan yang sampai sekarang masih lagi berhubung dan boleh aku katakan masih sama-sama berjuang memenuhi cita-cita masing-masing. 


   Di sinilah aku belajar berdikari, belajar membuat keputusan sendiri, belajar erti kesusahan, belajar untuk lebih dewasa meniti arus angakara. Di sinilah aku mengenal sahabat-sahabat baru seperti Muhamad Nurhafizi, Zainal Mukhtar, Endysyam Johansyah, Syahmi, Farhan, dan ramai lagi yang sampai sekarang masih mencorakkan warna dalam kehidupan aku. Di sini jugaklah aku memperkukuhkan persahabatan yang sedia ada dengan Ahmad Zuliqram dan Aruddin. Paling penting, di sini jugalah aku mengenal seorang wanita yang aku rasa nak jumpa tiap-tiap hari, nak bercakap dengannya tiap-tiap hari dan paling penting nak bersamanya tiap-tiap hari. Aku tak pasti samaada ini adalah perasaan cinta atau tidak. Tapi apa yang aku pasti aku hanya memandangnya dari jauh dan segala yang ku inginkan tidak pernah aku dapat sampailah sekarang. Sudah agak lama aku tidak berjumpa denganya, dan aku harap dia akan sentiasa berjaya dan bahagia.
    
      Mengimbau hari-hari terakhir di MRSM, sedih hati kerana bakal meninggalkan zaman persekolahan yang tidak akan di akan kembali lagi. Selepas ini perjalanan hidup sudah tentunya berubah. Zaman kuliah di Universiti sudah pasti berbeza dari zaman persekolahan di sekolah. Selepas menunggu lebih kurang 3 bulan keputusan SPM pun diumumkan. Aku yang tidak berapa yakin dengan kemampuan aku untuk mendapat keputusan cemerlang dek kerana di kelilingi oleh insan-insan bijaksana hanya mampu berharap yang terbaik untuk diri aku. Alhamdullilah aku berjaya mendapat keputusan yang agak bagus dan tanpa sebarang gred C. Sesuatu yang aku cukup rasa bersyukur. Dengan keputusan sebegini dalam tangan aku mencuba untuk mendaftar masuk ke institut pengajian awam di Malaysia ini. Namun aku gagal. Dengan pengetahuan mengenai sistem yang agak kurang aku akhirnya masuk ke sistem Matrikulasi. 

 

   Selama lebih kurang satu semester di Matrik Labuan, hidup adalah sangat indah, gembira tetapi kosong. Kenapa aku berkata begini, ya memang benar di matrik aku melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti melibatkan kepimpinan dan memperoleh lebih ramai kawan baru. Dari Sarawak, Sabah mahupun Semenanjung. Tetapi keputusanku sangat teruk. Di matrik tidak malu untuk aku katakan yang aku tidak mendapat apa-apa input apa yang aku pelajari. Akhirnya dek kerana takut diri jatuh lebih jauh, hanyut lebih jauh, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sistem matrik. Meninggalkan tanggungjawab sebagai Badan Kepimpinan yang aku perolehi hasil undian rakan-rakan. Meninggalkan rakan-rakan baru yang banyak memberi dorongan dan semangat serta meniggalkan wanita yang berkongsi kasih sayang, suka dan duka dengan aku selama aku berada di matrik. Secara kesimpulannya sepanjang tempoh 2006 sampailah 2007 hidup aku penuh dengan kekosongan. Hidup aku cumalah menghabiskan masa dan berharap hari esok ada peluang untuk aku dan peluang itu akan merubah hidup aku. 


       Akhirnya peluang datang untuk aku mengubah hidup. Peluang yang aku boleh katakan aku tidak begitu pasti akan berjaya atau tidak. Namun dengan sedikit rasa percaya dan yakin aku teruskan. Siapa tahu rezeki aku. Peluang ini lah yang membawa aku di Semenanjung smpai sekarang. Dan di waktu ini ketika aku menulis entri ini aku masih lagi tidak begitu pasti sama ada peluang yang aku harap ini boleh membawa aku pergi jauh dalam hidup ini. Namun kita kena sentiasa berfikiran positif. Berdoa mudah-mudahan segala apa yang dirancang oleh Allah adalah yang terbaik buat diri kita. Begitulah serba sedikit perjalanan hidup aku yang aku ingin kongsikan bersama anda pembaca-pembaca sekalain. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. 


Hidup kena terima hakikat
Peace No War....

Monday, August 15, 2011

Perjalanan Hidup - Bahagian 1

Zaman persekolahan adalah zaman terindah dalam hidup seseorang insan. Bagi aku yang banyak menghabiskan masa dengan bermain, bergurau-senda, tertawa riang gembira tanpa ada rasa risau akan hari esok, zaman persekolahan adalah satu garis masa yang ingin aku ulang semula tatkala aku dibebani rasa tekanan dan masalah hidup di kala aku bergelar lelaki dewasa ini. Zaman persekolahan lah yang mengajar aku erti sebenar persahabatan yang dibina bukan atas dasar wang ringgit dan harta benda tetapi atas dasar saling percaya-mempercayai antara satu sama lain dan ingin sama-sama berjaya dalam mengejar cita-cita. 

Zaman persekolahan sekolah rendah aku banyak diisi dengan memori indah bersama rakan-rakan yang sudah lama aku tak jumpa. Lelaki mahupun perempuan. Ramai yang sudah terputus hubungan lantaran berjauhan dan tidak bersama ketika memasuki alam sekolah menengah. Aku masih ingat aku dulu mempunyai seorang rakan kacukan Melayu dan British bernama Huzaiffah Amir. Ayahnya seorang Melayu dan ibunya warga British. Kami bersahabat baik, sama-sama menjadi pengawas sekolah. Aku masih ingat aku sering berada di sebelahnya ketika upacara perhimpunan rasmi hari Isnin kerana kami berkongsi tugas yang sama iaitu menaikkan bendera. Selain daripada itu, memori zaman sekolah rendah aku juga banyak di isi dengan penglibatan aku dalam aktiviti ko-kurikulum seperti Majlis Tadarus Al-Quran acara Bercerita Kisah-Kisah Anbia, Junior Story Telling Competition Tawau District, dan Sukan Badminton acara Bergu. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Aku sangat-sangat bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang menyertai aktiviti yang pada pendapat aku banyak mengajar aku untuk lebih gigih dan rajin jika ingin berjaya. Aku menamatkan zaman persekolah sekolah rendah aku pada tahun 2000. Lebih manis lagi bila aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR yang pada waktu itu boleh dikatakan agak sukar untuk dicapai terutama bagi pelajar-pelajar seperti kami di yang berada jauh dari kawasan bandar. 

Selepas itu, aku meneruskan zaman persekolahan sekolah menengah aku di SMK Umas-Umas Tawau. Juga sekolah Felda. Ramai yang bertanya kepada aku kenapa aku tidak menyambung pelajaran di luar FELDA lantaran keputusan UPSR ku yang cemerlang. Aku hanya tersenyum kerana pada waktu itu, di dalam hati aku tidak ada lagi keinginan untuk pergi jauh dari tanah tempat aku membesar. TIdak ada lagi keinginan untuk pergi jauh meninggalkan segala memori indah yang telah ku cipta di tanah FELDA UMAS ini. Hati aku pada waktu itu hanya dipenuhi sifat keanak-anakkan yang masih ingin bergembira dan bersuka ria bersama rakan-rakan tanpa memikirkan masa depan. Sekolah menengah adalaha zaman di mana aku mula-mula belajar apa yang dinamakan melanggar peraturan, apa rasanya bediri di hadapan kelas sambil mengangkat kedua-dua belah tangan kerana berbuat bising dalam kelas ketika ketiadaan guru serta merasa betapa pedihnya objek yang dipanggil rotan bila dihayun dan mengena punggung pada kelajuan yang tinggi. Aku masih ingat di Tingkatan 1, aku dipilih menjadi salah seorang anggota Badan Pengawas sekolah. Secara luarannya aku merasa agak bangga kerana aku berlainan dari pelajar lain dari segi pakaian dan aku berada dalam barisan lain ketika perhimpunan sekolah. Tetapi lama kelamaan perasaan bangga itu hilang tatkala aku melihat prospek tugas seorang pengawas di sekolah aku hanyalah sebagai tukang angkat buku cikgu, tukang naik bendera baca doa, lafaz ikrar masa perhimpunan. Tidak lebih dari itu. Kemudian aku mengambil keputusan drastik untuk keluar dari Badan Pengawas ketika aku di Tingkatan 2. Aku gembira menjadi pelajar biasa. Aku gembira memakai seragam putih tanpa tali leher dan aku gembira boleh berbuat bising ketika ketiadaan guru. Masa ketika berada di Tingkatan 2 banyak dihabiskan dengan bermain lantaran tidak ada apa-apa peperiksaan penting lagi pada ketika itu. Tingkatan 3, aku paling ingat 3 perkara penting dalam hidup aku. Pertama, ketika aku dipanggil untuk menghadiri temuduga menjadi pengawas. Apabila Guru disiplin bertanya soalan, " Kenapakah anda berminat menjadi pengawas" aku dengan selambanya berkata " Aku tidak suka langsung hendak menjadi pengawas" Air muka cikgu pada masa itu berubah serta merta dan dengan nada lantangnya menyuruh aku keluar dari bilik itu. Cikgu Nazri, masihkah cikgu ingat akan pada saya dan kata-kata saya? Kedua, ketika aku secara rasminya menyatakan yang aku menarik diri dari mengambil bahasa Arab untuk Penilaian Mengah Rendah PMR, dengan alasan terlalu banyak mata pelajaran dan ini satu bebanan bagi aku. Ustaz Amir Hamzah pada ketika itu menerima keputusan aku dengan hati terbuka. Dan yang ketiga tak lain tak bukan ketika aku menerima keputusan PMR aku. Alhamdullilah, sekali lagi aku mendapat keputusan cemerlang, Pelajar Terbaik Sekolah. Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan mendoakan kejayaan aku. Ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan. Terima Kasih semuanya. Dengan keputusan ini jugalah aku mengorak langkah dan mengambil keputusan yang akan mengubah hidup aku sampailah sekarang. . . . .





Bersambung di bahagian ke-2..
Hidup Kena Terima Hakikat..
Peace No War...

Sunday, August 7, 2011

Kaedah mengenal TAME menerusi Facebook post.

Macam mana nak mengenal seseorang tu adalah seorang yang berprofesion TAME melalui facebooknya.
Senang je. Caranya, kalau nak tahu bacalah post-post yang dia buat kat wallnya.
Kebiasaanya, seorang TAME akan kerap dan senantiasa mengupdate facebook postnya dengan hal-hal berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang Trainee Aircraft Maintenance Engineer.
Mari kita tinjau antara post-post facebook yang boleh dijadikan klu yang dia adalah seorang trainee.

  "Pagi ni ujan, pintu fwd cargo tak buka lg jd tak leh buat kerja lg :p"
-penulis post ini mengatakan yang dia tidak boleh berkerja pada pagi ini kerana 2 sebab 
hujan dan pintu fwd cargi tak buka lagi. Sebab pertama boleh berlaku pada semua orang tidak boleh kerja sebab hujan. Tetapi sebab ke-2 jelas menunjukkan yang dia bekerja di bahagian yang ada fwd cargo kebiasaanya kapal terbang. Jadi jelaslah yang penulis post ini seorang trainee aircraft engineer.

Inilah yang dinamakan Forward Cargo Door

" .......esok tolong eksplain aku antiskid dengan autobrake. aku x tau & malas bace. sekian "
Penulis post ini menyatakan yang dia tidak tahu dan malas hendak membaca. Dalam kes ini semua orang tak kira apa profession sekali pun kadang-kadang tak tahu dan malas nak baca. Tetapi bila dia mengatakan yang dia meminta nama-nama yang dia tag untuk menerangkan kepadanya pasal antiskid dan autobrake yang biasa ditemui di dalam sistem kapal terbang moden jelaslah yang dia ( penulis post ) seorang trainee aircraft engineer. 

"Korg pasan x kt citer die hard 2..
Asal fueling port kat 747-200F kat engine pylon.."

Penulis post ini pulak mengutarkan persoalan yang hanya akan dapat di timbulkan dan lebih penting lagi dijawap oleh orang-orang yang arif dan tahu sistem kapal terbang Boeing 747-200F. Kalau orang yang belajar pasal seni dia hanya akan menimbulkan persoalan seperti " Asal cite die hard 2 ni tak diselitkan dengan unsur-unsur komedi" Dengan ini jelaslah pada kita yang penulis post ini seorang trainee aircraft engineer.

"Preparing for EGR tonite"
Penulis bersedia untuk EGR. Apakah itu EGR? EGR adalah singkatan bagi Engine Ground Run iaitu satu proses atau method yang biasa dilakukan pada kapal terbang untuk menguji keadaan sesuatu engin. Siapa yang biasa bersedia untuk EGR, tak lain tak bukan trainee aircraft engineer. 

EGR Proses dilakukan dalam tempat khas.

"Bye-bye 9M-MPO [via Celcom SMS]"
Apakah yang dimaksudkan dengan 9M-MPO?
Kenapakah penulis post ini mengucapkan bye-bye kepada nombor itu? 
9M-MPO adalah nombor pendaftaran sebuah kapal terbang dan ucapan selamat tinggal itu boleh membawa makna yang kapal terbang itu sudah selesai di selenggara dan akan dilepaskan untuk menjalankan fungsinya membawa penumpang. Siapa yang besa berhadapan dengan situasi seperti ini. Sudah tentulah trainee aircraft engineer. 

Kapal Terbang 9M-MPO milik Malaysia Airlines

"kalau korg plan nak hdup lama,jgn plan nak naik kpl trbg time aku ngan Khairudin Tahir jd captain n FO..sbb time stall ktorg juz duk diam n xde prasaan..btw, great landing kn,odeng? xcrash pn mcm Meet-Uncle Sudin n Asnulhaini Bin Ahmad tuh"
Post di atas ini pulak membawa 2 persoalan samaada penulisnya seorang trainee pilot ataupun seorang trainee aircraft engineer. Persoalan ini saya jadikan sebagai tugas kepada pembaca-pembaca sekalian. Terpulang pada anda menilai dan mencari jawapannya sendiri. Nak lagi senang on facebook anda taip nama-nama yang di tagged tu, pastu tgk drg ni kerja apa. . . Insya Allah jawapan ada bagi yang berusaha mencarinya. 

Begitulah antara post-post facebook yang boleh anda jadikan bukti yang penulisnya adalah seorang trainee aircraft engineer. Saya harap penjelasan saya jelas dan anda semua boleh memahaminya. Sehingga bertemu lagi dalam entri yang akan datang.

Hidup kena terima hakikat 
Peace No War....

Captain America. Hero atau pro-paganda.

Bertemu sekali lagi. 
Hari rabu lepas aku dan rakan aku Apeng, Apeng? agak pelik sebenarnya bagi mereka-mereka yang mengenali aku kerana aku menonton wayang berdua-duaan bersama Apeng. Tapi aku nak ucap terima kasih la pada Apeng kerana ajak aku tengok cerita ni. Sebab kalau Apeng tak ajak memang aku tak kan tengok la cerita ni. 
Ya la besanya aku akan tengok di awal tayangan, tapi sebab aku balik cuti di kampung halaman dan kampung halaman aku agak terpencil dan panggung wayangnya hanya akan menayangkan cerita terbaru apabila cerita tu dah tak berapa nak baru so aku amik keputusan untuk tidak menonton filem ini di panggung. Sehingga lah Apeng ajak aku tengok. 



Secara keseluruhanya cerita Captain America ini agak menarik dan tidak lah begitu rugi jika anda menontonnya di pawagam. Ada beberapa elemen yang buatkan aku tertarik dengan cerita ini tidak termasuk kesan grafik CGI yang digunakan untuk menguruskan dan mengecikkan tubuh badan Chris Evans serta adegan berlawan, tembak-menembak dan kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam peperangan ini. 

Apa yang lebih menarik perhatian aku ialah idea asal sebenar Captain America ini yang masih dikekalkan dalam cerita ini iaitu sebagai propaganda untuk menarik perhatian rakyat America supaya percaya yang tentera America mampu memenangi perang dunia kedua ini, disamping penaik semangat kepada askar-askar yang berjuang untuk tidak berputus asa dan sentiasa percaya dalam hati mereka yang mereka mampu menewaskan askar-askar Hitler. Kepada yang tahu sejarah komik America, tujuan awal penulisan komik seperti Superman, Captain America dan Wonder Woman sebenarnya adalah untuk tujuan seperti yang telah aku tuliskan di atas itu. Agak menarik sebenarnya melihat seorang lelaki yang matlamat utamanya adalah untuk berkhidmat kepada negaranya akhirnya hanya jadi penghibur pentas untuk mengaburi mata rakyat Amerika untuk membeli bon-bon untuk membiayai kempen perang Amerika. Dari segi jalan cerita, dialog dan pemilihan watak semuanya memang menarik dan tepat. TIdak ada komen yang tidak baik dari aku dalam aspek itu. 

Paling best bagi aku ialah kostum Captain America yang sangat logik dari segi penceritaannya. Ya pada mulanya kostum yang di pakai hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian orang, agak lucu dan kurang elemen keheroan itu, sehinggalah bila Captain America terbabit secara langsung dalam peperangan kostum itu di upgrade kan menjadi sangat cool dan smart. Ditambah dengan perisai yang jadi lambang kekuatan Captain America semua elemen yang perlu ada dalam Captain America telah pun di masukkan dengan cukup teliti dan tersusun. Cuma bagi aku penghujung cerita agak terburu-buru, bermula dari kematian rakan baik Captain America sehinggalah dia menceroboh masuk ke base akhir Hydra. Nampak pengarah macam nak tamatkan dengan cepat dan itu mungkin satu langkah yang bijak kerana jika tidak diolah dengan betul klimaksnya mungkin akan jadi macam Transformer 3 panjang dan menjengkelkan. 


Paling penting ialah after credit scene di mana ada ditunjukkan Trailer untuk filem The Avengers yang akan datang. Dalam trailer ini di tunjukkan bagaimana hero-hero seperti Iron Man, Thor dan Captain America berkerjasama untuk menewaskan kejahatan. Turut ditunjukkan Loki yang mungkin akan jadi watak jahat utama dalam cerita ini. Pengenalan untuk watak kecil lain turut dipaparkan seperti watak Hawk-Eye.
Secara keseluruhanya, aku amat berpuas hati dengan filem Captain America The First Avenger ini. Kepada peminat Marvel ini adalah satu filem yang wajib tonton bukan sebab nak tengok trailer The Avenger tapi sebab filem ini memang menarik dan seperti yang aku katakan tadi mengandungi semua elemen yang perlu ada dalam Captain America. Dengan penilaian jujur dari aku, aku ratingkan filem ini  4 bintang dan kategorikan ia sebagai filem perlu tonton. Sampai bertemu lagi..


Hidup kena terima hakikat. 
Peace No War.

Wednesday, August 3, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalammualaikum..
After a long break i return to my home at Bukit Subang. 10 days break seems not enough and seems so fast. 
I return exactly in the time of Ramadhan where muslim fasting for the whole period of one month. No eating nor drinking during the day up till when the time come to "berbuka puasa"
For me, this will mark the 5th time i fasting here in Selangor. 
How time passed so fast, its been almost 5 years im here at Semenanjung. 
I hope this year Ramadhan will be much much better than the previous Ramadhan.


I wish all the muslim Happy Fasting. 

Tuesday, July 12, 2011

Happy Birhtday to You...


Im writing this post on the evening of my birthday. Few people actually knows, that i was actually born on the 12 of July 1988. My official birthday is at 21st of July 1988 as per my Birth Certificate. Why is that? 
Well the story started about a month before i was born. My father at that time work at one of the log company at Sabah. As a logging worker it's normal to went to rural area for at least a week to supervised a logging activity there. My mom told me my father need to departed for work a week before i was born. Both my parents dont feel like my dad should not going since my mom expected to deliver me 3 weeks later according to Hospital calculation, so by time my father finished his work he can still make it before my mom deliver me. 
But, life is full of surprised my mom deliver me 2 weeks early and at that time my father was still at work. I was born in "Kampung". Sungai Hj Matahir to be more specific. My mom told me that my father working at Jerocho at that time, somewhere near Sandakan if im not mistake. Because of the work, my father only will come and see me for the 1st time after he finished all his works.
To make story short my dad arrived about a week after i was born and started doing all necessary things to do for a newborn baby particularly my birth certificate. So at 21st of July a boy named Ekbal Muhamad was recorded as a new citizen of Malaysia. Its still question me until now why my father not just tell that i was born on 12 July instead of the day he went to Tawau Registration Office.
Today, after 23 years lots of my friend still wish my birthday on 21st of July. My parents of course will text me Happy Birthday on the day of my official birthday which is today 12 July. To tell you the truth its actually been quiet long time since i last celebrate my birthday with a real celebration that include party, cakes, gifts and a lots of family and friend attend it. Hehehe....as you getting old birthday celebration is actually doesn't make you feel as happy as it was back when you still young. I'm happy and thankful to Allah for all the goodness for the last 6 years i went far from home. Hopefully on the upcoming years i can become more good and success person. Happy Birthday me...hehehehe...