NurKasih satu masa dahulu terkenal. Ramai orang suka tengok.
Kawan-kawan aku semua suka tengok.
Dan aku pun tengok jugak, sebab aku nak tau kenapa diorang suka tengok NurKasih ini.
Bila aku tengok cerita NurKasih memang cerita dia best. Tetapi bagi aku, ada beberapa benda sebenarnya yang aku rasa kalau buat macam dalam drama ni dia akan jadi lebih best bagi aku.
Aku tak tau la plak kat orang lain best ke tak. .Sekadar pandangan saja.
1) Watak-watak dalam NurKasih ni mcm tak kena kalau pada pandangan aku. Memang aku akui Tiz, Ayu Raudah semua pandai berlakon, tapi kalau nak wat cerita yang sarat ngan mesage agama ni, kenapa tidak cari pelakon yang benar-benar ada imej bersih. Bertudung setiap masa. Tak da gambar-gambar seksi atau gambar-gambar wat benda-benda liar.Kenapa tidak pergi buat audition cari bakat-bakat baru yang boleh berlakon dan membawa watak Nur ini dengan lebih baik. Yang memang berciri-ciri macam watak Nur ni.
2) Kebanyakan watak-watak perempuan dalam cerita ini tidaklah bertudung sepanjang masa.
Alangkah baiknya kalau NurKasih ni, tidak ada satu scene pun yang watak Nur tu tak bertudung. Sepanjang masa dia tutup aurat. Even ada scene ngan ahli keluarga or ngan suami pown dia akan still pakai tudung. Pernah tengok Filem Indon Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta. Watak perempuan dalam filem itu yang berperwatakan bertudung, kuat agama serta menjaga auratnya kita tak pnh lihat scene watak tu tak menutup aurat. Bagus..Penghayatan watak itu jadi lebih baik
3) Kenapa tak cari lelaki yang betul-betul fasih berbahasa Arab. Dan lelaki yang betul-betul fasih berbahasa inggeris. Ataupun kenapa tidak dilatih je Fizz Fairus berbahsa Arab dan Remy Ishak tu g kursus bercakap BI. Aku akan jadi lebih teruja tengok Nur Kasih ni kalau ada scene Aidil berceramah dia berceramah sama macam ceramah-ceramah agama yang besa kita dengar.Dia sebut hadis-hadis serta ayat-ayat Al-Quran dengan baik, ye lah sesuai dengan watak Aidil yang berpindidikan agama sejak kecil Si Adam pulak masa dia berada di Australia dia bercakap BI je sepanjang masa dengan awek orang putih dia tu.Dia balik Malaysia baru dia cakap Melayu. Barulah unsur-unsur relevan itu ada.
Aku tidak kata drama ini tidak bagus. Drama ini memang bagus. Jalan cerita, olahan plot, massage yang cuba disampaikan semua bagus. Cuma apa yang aku nak sampaikan disini ialah Drama Melayu sebenarnya ada potensi untuk pergi jauh. Cuma kita tidak mahu mencuba something new. Takut tak ada orang nak tengok. Takut rugi. Dan penonton pulak suka kepada benda-benda yang sedia ada. Tak mahu memberi peluang kepada perubahan. Harap-hrap masa akan datang, drama melayu akan lebih bervariasi dan lebih relevan dari segi jalan ceritanya. Aku ni cumalah penonton yang ada hak untuk meberi sedikit padangan pada drama yang aku tengok dan berharap ia boleh wat yg lebih baik.

No comments:
Post a Comment