Aku kadang-kadang dengar lagu yang aku x faham pun.
Tapi sebab muzik dia sedap aku layan je.
Korang mcm tu jugak ke?
Ke layan lagu sebab penyanyi dia hensem atau cantik.
Tapi aku rasa la kan, paling best bila ko dengar satu lagu dan ko hayati liriknya jiwa ko tersentuh.
Rasa mcm ada sesuatu pada lagu ni yang wat ko rasa masage serta nilai yang cuba disampaikan.
Tak kira la lagu tu bahasa Melayu, English atau lain-lain bahasa di dunia.
Kali ini aku nak berkongsi dengan anda lagu-lagu yang liriknya menyentuh jiwa aku yang kadang-kadang penuh dengan benda-benda asing. Jiwa kacau....hehehe
Lagu yang berunsurkan keagamaan ini boleh didapati dalam bahasa melayu dan English. Aku lebih suka yang bahasa melayu yang berduet ngan Fadhil dari kumpulan Padi. Tak perlulah aku ulas panjang pasal lirik yang mmg sarat dengan pengajaran. Chorus dia " Insya Allah ada jalannya " mmg betul-betul meyentuh jiwa aku untuk lebih berusaha jika aku berdepan dengan kegagalan. Insya-Allah..
2) You Raise Me Up - Josh Groban.
Pertama kali dengar lagu ni, meremang bulu tengkuk dengar suara Josh Groban yang ala-ala Soprano tu. Especially part dekat - dekat nak habis tu, bila dia tarik suara dia, mmg terbaik la. Bila hayati lirik pasal tribute to kasih dan pengorbanan ibubapa mendidik anak smpai membesar jadi orang yang
berguna. Betapa aku rasa berterima kasih pada kedua ibu dan bapa aku yang tak pernah putus-putus mendidik dan memberi semangat pada aku untuk terus berjuang mencapai cita-cita. Terima Kasih mak dan ayah.
3)Jika Kau Fikirkan Kau Boleh
Lagu penaik semangat yang terkenal satu masa dahulu untuk seluruh rakyat Malaysia. Terutama peminat-peminat badminton di Malaysia. Aku ingat lagi lagu ni top time Malaysia menang Piala Thomas dan time Hafiz Hashim menang All England. Dulu zaman aku sekolah rendah lagu ni lagu wajib nyanyi time kem motivasi dan time dekat -dekat nak amik exam penting mcm PTS dan UPSR. Lagu ni ada banyak versi, tapi yang paling best versi lama jugak la. Terasa yakin dan confident je bila dengar setiap bait dan lirik lagu ni.
4) Standing in The Eyes Of The World - Ella.
Lagu rasmi Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 ini memang menyentuh perasaan. Terutama bila dengar lagu ni smbil tengok kejayaan atlit-atlit Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia. Sayang lagu ini sudah jarang dimainkan di kaca televisyen skg ni. Bagi aku lagu ini memang pasti akan menaikkan semangat sesiapa saja yang mendengarnya untuk berjaya, khasnya dalam bidang sukan. Suara Ella pun memang sesuai dengan lagu ni. fuhhh....
5)Berita Kepada Kawan - Ebit G Ade.
Lagu yang slow dan simple. Suara Ebit G Ade mmg sedap. Lagu ni x perlu muzik canggih-canggih
cuma perlu alunan suara serta paling penting lirik yang bermakna untuk kita merasai apa yang cuba disampaikan oleh pengkarya lagu ini. Kepada yang belum pernah mendengar lagu ini, aku syorkan kamu dengar dan hayati apa yang cuba disampaikan dalam lagu ini. Mudah-mudahan dapat pengajaran.
6) Iman Mutiara - Raihan.
Lagu nasyid terbaik sepanjang zaman. Tanyalah sesiapa yang lahir zaman-zaman keagungan kumpulan nasyid Raihan memang lagu Iman Mutiara ni ada sesuatu yang kita tak boleh nak describe. Pernah sekali aku rasa mcm jauh dari islam time aku gila-gila kat matrik, bila aku dengar lagu ini, aku mengalirkan air mata kerana aku sudah lupa asal kejadian aku.
"Iman adalah mutiara di dalam hati manusia yang meyakini Allah"
![]() |
| Raihan |
7) Declain Gabraith - Tell Me Why..
Lagu ini aku baru je jumpa beberapa hari lepas. Time aku add fren kat facebook ada plak video ni dia post kat wall dia. Bila aku klik dan dengar, memang menyentuh jiwa dan raga aku. Mengisahkan pengertian peperangan dari kaca mata seorang kanak-kanak. Paling best bila yang nyanyi lagu ni seorang kanak-kanak. Suara dia mmg sedap. Cuba search kat You tube versi live yang ada backup singer budak-budak jugak.
Memang menyentuh jiwa , ni aku kasi link. Ada masa boleh la layan. . .
![]() |
| Declain Galbraith |
8) Earth Song - Micheal Jackson.
Lagu yang membawa pesanan pasal kemusnahan alam sekitar. Lagu ni lengkap pakejnya. Muzik yang sedap, suara yang power, muzik video yang gempak serta paling penting lirik yang menyentuh jiwa. Aku memang suka kalau MJ nyanyi lagu-lagu yang bawa unsur-unsur pengajaran mcm ni.
Bunyi "uuuuuuuu".....ngan "a.. aaaaaa" tu mmg sedap gile bila dengar...
![]() |
Begitulah antara lagu-lagu yang menyentuh jiwa aku.
Anda ada x lagu-lagu menyentuh jiwa yang nak kongsi dengan aku.
jangan malu-malu share ngan saya.
Smpai bertemu di post akan datang.
Terima Kasih kerana sudi membaca......
Peace No War...









No comments:
Post a Comment