Tuesday, November 29, 2011

Trainee A Trainee B


1) Apa yang menyebabkan anda berminat menceburkan diri dalam bidang penyelengaraan kapal terbang ni?
 

Trainee A : Saya tertarik dengan kecanggihan sistem kapal terbang moden serta cabaran yang menanti dalam bidang ini. Saya seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa yakin atas kebolehan diri sendiri. Lagipula kebanyakan ahli keluarga saya memang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penyelengaraan kapal terbang ini. Boleh dikatakan sudah ada dalam darah daging saya.
 

Trainee B : Saya masuk ni sebab dah tak ada pilihan lain lagi. Saya ada memohon program perguruan serta program universiti tetapi tidak berjaya. Lagipula program penyelengaraan kapal terbang yang saya masuk ini adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak penaja. Jadi ini satu peluang keemasan bagi saya, Tak kira la apa pun hasilnya bila bercakap tentang benda percuma semua orang akan kata Ya...

2) Sebelum memasuki bidang ini, sejauh mana pengetahuan anda mengenai kapal terbang. 

Trainee A : Seperti yang telah saya katakan tadi, kebanyakan ahli keluarga saya terlibat dalam bidang ini, jadi kebanyakan benda-benda asas mengenai bidang ini sudahpun saya pelajari sejak saya kecil lagi. 

Trainee B : Saya cuma tahu MAS ngan Air Asia sahaja. Naik kapal terbang pun saya tak pernah.
Saya cuma tahu yang kapal terbang pengangkutan udara memendekkan masa perjalanan untuk sampai ke destinasi yang jauh dan sukar dicapai dengan kenderaan darat. 

3) Boleh ceritakan sedikit gaya hidup anda sebagai seorang trainee dalam konteks pergaulan dengan rakan-rakan sebaya.
 

Trainee A : Kebanyakan rakan sebaya saya sama seperti saya, berlatarbelakangkan keluarga yang terlibat dalam bidang ini. Ada antara ayah mereka yang berprofesion sebagai seorang juruterbang, pengarah bahagian keselamatan, pengarah bahagian sumber manusia, Pengurus Projek, dan ada juga yang ayah mereka jurutera kapal terbang. Jadi tidak menjadi masalah untuk kami memahami satu sama lain. Kami banyak berbincang tentang hal-hal semasa dalam dunia penerbangan serta masa depan kami dalam konteks penyelengaraan kapal terbang.
 

Trainee B : Saya kalau berjumpa rakan sebaya kebanyakan masa dihabiskan dengan bersembang pasal bolasepak, awek, siri TV serta sedikit sebanyak mengenai politik. Kalau saya sembang pasal kapal terbang pun ada antara mereka yang tak faham. Jadi lebih baik bersembang pasal benda lain yang boleh menghidupkan suasana.

4) Sejauh mana ibubapa anda tahu dan mengambil berat pasal kerjaya awak sekarang ni.
 

Trainee A : Ayah saya tahu apa yang saya lalui dan kalau ada masalah yang perlukan penglibatan dan campur tangan mereka. Mereka akan terus memainkan peranan. Saya tidak pernah risau akan masalah yang akan datang kerana saya tahu ayah saya ada untuk memastikan keadaan jadi lebih baik untuk saya dan kawan-kawan saya.
 

Trainee B : Ayah saya kat kampung cuma tahu saya masuk program pasal kapal terbang. Setakat itu sahaja. Pertanyaan yang selalu saya terima dari ayah saya ialah, bila saya nak habis belajar. Kadang-kadang mereka membandingkan saya dengan anak jiran sebelah rumah yang sudah pun selesai diploma dan degree di universiti tempatan yang sekarang ini sudah pun memulakan alam pekerjaan dan dalam langkah untuk mendirikan rumah tangga ataupun memiliki kereta sendiri. Tak pernah pula ayah saya bertanya berapa dah essesment yang saya buat dan berapakah ass log yang telah saya hantar.

5) Apakah yang mendorong anda untuk berusaha lebih gigih dan seterusnya berjaya dalam bidang ini.
 

Trainee A : Ahli keluarga saya. Kalau ayah saya, abang saya, kakak saya mampu melakukannya kenapa tidak saya.
 

Trainee B : Persekitaran saya, orang kata kerja LAE gaji banyak. Boleh pakai kereta mewah. Jadi itu yang mendorong saya untuk berusaha lebih gigih. Mengubah kehidupan jadi lebih baik.
 
Apa beza Trainee A ngan Trainee B?
Walau apa pun perbezaan antara mereka hasil kejayaan mereke adalah ditangan mereka sendiri.
Kejayaan dicipta oleh orang biasa yang bekerja secara luar biasa..

Hidup kena terima hakikat
Peace No War.

No comments:

Post a Comment