Bertemu sekali lagi.
Hari rabu lepas aku dan rakan aku Apeng, Apeng? agak pelik sebenarnya bagi mereka-mereka yang mengenali aku kerana aku menonton wayang berdua-duaan bersama Apeng. Tapi aku nak ucap terima kasih la pada Apeng kerana ajak aku tengok cerita ni. Sebab kalau Apeng tak ajak memang aku tak kan tengok la cerita ni.
Ya la besanya aku akan tengok di awal tayangan, tapi sebab aku balik cuti di kampung halaman dan kampung halaman aku agak terpencil dan panggung wayangnya hanya akan menayangkan cerita terbaru apabila cerita tu dah tak berapa nak baru so aku amik keputusan untuk tidak menonton filem ini di panggung. Sehingga lah Apeng ajak aku tengok.
Secara keseluruhanya cerita Captain America ini agak menarik dan tidak lah begitu rugi jika anda menontonnya di pawagam. Ada beberapa elemen yang buatkan aku tertarik dengan cerita ini tidak termasuk kesan grafik CGI yang digunakan untuk menguruskan dan mengecikkan tubuh badan Chris Evans serta adegan berlawan, tembak-menembak dan kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam peperangan ini.
Apa yang lebih menarik perhatian aku ialah idea asal sebenar Captain America ini yang masih dikekalkan dalam cerita ini iaitu sebagai propaganda untuk menarik perhatian rakyat America supaya percaya yang tentera America mampu memenangi perang dunia kedua ini, disamping penaik semangat kepada askar-askar yang berjuang untuk tidak berputus asa dan sentiasa percaya dalam hati mereka yang mereka mampu menewaskan askar-askar Hitler. Kepada yang tahu sejarah komik America, tujuan awal penulisan komik seperti Superman, Captain America dan Wonder Woman sebenarnya adalah untuk tujuan seperti yang telah aku tuliskan di atas itu. Agak menarik sebenarnya melihat seorang lelaki yang matlamat utamanya adalah untuk berkhidmat kepada negaranya akhirnya hanya jadi penghibur pentas untuk mengaburi mata rakyat Amerika untuk membeli bon-bon untuk membiayai kempen perang Amerika. Dari segi jalan cerita, dialog dan pemilihan watak semuanya memang menarik dan tepat. TIdak ada komen yang tidak baik dari aku dalam aspek itu.
Paling best bagi aku ialah kostum Captain America yang sangat logik dari segi penceritaannya. Ya pada mulanya kostum yang di pakai hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian orang, agak lucu dan kurang elemen keheroan itu, sehinggalah bila Captain America terbabit secara langsung dalam peperangan kostum itu di upgrade kan menjadi sangat cool dan smart. Ditambah dengan perisai yang jadi lambang kekuatan Captain America semua elemen yang perlu ada dalam Captain America telah pun di masukkan dengan cukup teliti dan tersusun. Cuma bagi aku penghujung cerita agak terburu-buru, bermula dari kematian rakan baik Captain America sehinggalah dia menceroboh masuk ke base akhir Hydra. Nampak pengarah macam nak tamatkan dengan cepat dan itu mungkin satu langkah yang bijak kerana jika tidak diolah dengan betul klimaksnya mungkin akan jadi macam Transformer 3 panjang dan menjengkelkan.
Paling penting ialah after credit scene di mana ada ditunjukkan Trailer untuk filem The Avengers yang akan datang. Dalam trailer ini di tunjukkan bagaimana hero-hero seperti Iron Man, Thor dan Captain America berkerjasama untuk menewaskan kejahatan. Turut ditunjukkan Loki yang mungkin akan jadi watak jahat utama dalam cerita ini. Pengenalan untuk watak kecil lain turut dipaparkan seperti watak Hawk-Eye.
Secara keseluruhanya, aku amat berpuas hati dengan filem Captain America The First Avenger ini. Kepada peminat Marvel ini adalah satu filem yang wajib tonton bukan sebab nak tengok trailer The Avenger tapi sebab filem ini memang menarik dan seperti yang aku katakan tadi mengandungi semua elemen yang perlu ada dalam Captain America. Dengan penilaian jujur dari aku, aku ratingkan filem ini 4 bintang dan kategorikan ia sebagai filem perlu tonton. Sampai bertemu lagi..
Hidup kena terima hakikat.
Peace No War.



No comments:
Post a Comment