Setiap pekerjaan mempunyai skop serta bidang tugas masing-masing. Kebiasaanya bergantung pada kemahiran, ilmu pengetahuan, serta paling penting sekali "GAJI". Ok saya disini bukan nak cerita pasal gaji sebenarnya. Ni nak cerita pasal bidang tugas serta skop kerja seorang insan yang bergelar APPRENTICE aka Trainee...
Perlu diingat disini bahawa segala data dan maklumat yang bakal anda baca di bawah ini adalah berdasarkan pemerhatian pengarang , perasaan aku semata-mata dan perbualan lisan dengan mereka-meraka yang pernah dan masih lagi berkecimpung dalam dunia APPRENTICE ni.
Tempat ke-10 BUAT KERJA "Gempak"
-Pagi2, datang kerja lepas mkn, tgk board depan office nama aku zon Landing Gear under LAE @#$&!*&
(nama dirahsiakan). aku seorang je tu, member pun apalagi, tak habis2 nak bagi komem membina. Gila la
kerja landing gear. tuan punya badan terima je la. Tengok2 bila dpt tugas, memang gempak la. Remove wheel assymble, brake, install strut, mcm2 lagi la yg gempak. Lepas ko wat task tu, level ko naik gila la, mcm klu main DOTA level 25 dah. Tapi....ada tapinya. task yg gempak2 mcm ni, bukan selalu boleh dapat. Kadang-kadang je. Tgk nasib la....hehehehe
Tempat ke-9 PEMBEKAL TOOL
-"Adik, ko ada Allen Key x?"
"Ada, napa bang?"
"Pinjam jap, abang nak buka bnda ni"
"Jap...saya amik kat tool box saya"
"Ko bawa je la tool box ko kat sini"
"@#$%^@"
Tempat ke-8 PERANTARA TOOL CRIB
-Bila ada bnda yang tiba2 je nak pakai, tapi benda tu tak da kat situ.
Ada kat tool crib, haaa....ko la yang akan tolong amik. Situasi ni kerap plak berlaku tu, lepas ni x da, ni plak
lepas tu ni plak x da. Macam2 x da. Tapi tugas ni ada kebaikanya. By the end of the day, mcm2 yag ko boleh belajar. Benda2 yang ko tak pnh nmpak selama ni, dan yang ko tak pnh tau pun kewujudannya, lps ni ko tau. Bagus la tu, Ilmu itu tidak ada batasanya.
Tempat ke-7.CLEANING.
-This is the most common job for apperantice. Yeah baby...i like cleaning. Especially part2 yang "SELALU" je orang pijak. Suka je aku bersihkan pakai De-Greaser @ Contact Cleaner tu. Kebersihan kan sebahagian daripada iman. Sebagai lelaki islam aku haruslah mempraktikkan ajaran ini tidak kira dimana aku berada.
Tempatt ke-6 HOUSEKEEPING
-Task ini berbeza sedikit dengan cleaning. Kenapa? Mari lihat sebab2nya :
a) Housekeeping melibatkan persekitaran tempat kerja bukan pada komponen tertentu dalam aircraft.
b)Housekeeping hanya dilakukan pada waktu2 tertentu seperti ada lawatan orang2 penting, ada audit dari pihak berkuasa, ada lawatan dari orang luar dan apabila apperantice dah x da kerja dah nak wat.
c) Ia kadang2 melibatkan tugas2 smpingan yang pelik seperti korek skru dari celah2 papan working area wing dan dock tail dan sebagainya.
Tempat ke-5 WRAPPING.
-Task yang sngt2 best keran dilakukan dalam kumpulan besar. Dalam 5 ke 8 orang. Selain itu, task ini juga banyak mengajar erti kesabaran kerana most of the time perkara2 seperti, working area yang panas, komponen yang nak wrap tu bersembunyi di celah2 batu yang tangan orang kerdil je blh masuk dan "semua ni nak wrap, banyak gileeee". Bagi yang tak pnh wrap, nak wrap ni, kena ada satu item je dah cukup. Alluminium wrapping coil. Gempak x nama dia. (sama dgn yang digunakan dalam industri pembuatan kuih dan kek)
Tempat ke-4 TAPPING
-tampal area2 yang x nak kotor dek kerana debu, sealant, cat dan sebagainya. Kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi. Terutama area2 window yang melengkung tu. Ada brother cakap kat aku, tapping ni kerja paling pelik, contohnya bila nak tapping window tu punya la lama dan teliti, lepas dah apply sealant, tunggu sekejap kering, cabut balik. Tapi dah lumrah mmg mcm tu. hehehe....
Tempat ke-3 BUKA & PASANG PANEL.
-task ni mmg wajib buat bagi seorang trainee. Kalau ko cakap ko tak pnh buka atau pasang panel mmg ko penipu besar la. Aku suka wat kerja ni, tapi yang wat aku hangin tu, aku punya speed handle yang sngt la tidak berkualiti. Baru je pakai sekejap dah rosak, Dahla handle senang rosak dan tercabut, bila turn kuar plak bunyi yang pelik. Aduiii....STAHLWILLE....
Tempat ke-2 SEALANT
-Sealant adalah sejenis fluid semi-solid yang digunakan di kapal terbang untuk mencantikkan luaran kapal terbang tersebut. hehehehe.....kerja-kerja yang melibatkan sealant bermula dari A sampai lah ke Z mostly trainee kena wat. start dari ambil sealant kat tool crib, bancuh 30 stroke per minute, buang sealant lama pakai sealant remover ( salah la, pakai solvent [ MEK] ), apply sealant, touch up sealant pakai ice cream stick semua kena buat. So bila kena tanya pasal sealant tu jawap salah, better naik kat tail dock tu terjun. jap2 aku eja sealant ni betul ke yek...musykil plak aku.
Tempat -1 OBSERVED
" MOST OF MY TIME IN HANGAR WAS SPENT IN OBSERVING HOW TO DO A JOB IN A PROPER WAY AND IN A CORRECT SKILL. I LEARN A LOT FROM BEING AN OBSERVER.WHEN THERE IS NO JOB TO DO, OBSERVE PEOPLE DOING JOB IS THE BEST WAY TO FINISHED THE DAY." ceh...ckp orang putih plak. Belagak, budjet LAE. Blah la engko......
Begitulah top ten task yang apperantice buat sepanjang kat hangar. Apa2 pun semua task yang diberikan haruslah dilakukan dengan penuh rasa positif dan ikhlas. Ia adalah latihan untuk mempersiapkan diri anda menjadi seorang LAE yang berjaya di masa hadapan. Ingat pahala ada bagi mereka yang ikhlas.









No comments:
Post a Comment