Di sinilah aku belajar berdikari, belajar membuat keputusan sendiri, belajar erti kesusahan, belajar untuk lebih dewasa meniti arus angakara. Di sinilah aku mengenal sahabat-sahabat baru seperti Muhamad Nurhafizi, Zainal Mukhtar, Endysyam Johansyah, Syahmi, Farhan, dan ramai lagi yang sampai sekarang masih mencorakkan warna dalam kehidupan aku. Di sini jugaklah aku memperkukuhkan persahabatan yang sedia ada dengan Ahmad Zuliqram dan Aruddin. Paling penting, di sini jugalah aku mengenal seorang wanita yang aku rasa nak jumpa tiap-tiap hari, nak bercakap dengannya tiap-tiap hari dan paling penting nak bersamanya tiap-tiap hari. Aku tak pasti samaada ini adalah perasaan cinta atau tidak. Tapi apa yang aku pasti aku hanya memandangnya dari jauh dan segala yang ku inginkan tidak pernah aku dapat sampailah sekarang. Sudah agak lama aku tidak berjumpa denganya, dan aku harap dia akan sentiasa berjaya dan bahagia.
Mengimbau hari-hari terakhir di MRSM, sedih hati kerana bakal meninggalkan zaman persekolahan yang tidak akan di akan kembali lagi. Selepas ini perjalanan hidup sudah tentunya berubah. Zaman kuliah di Universiti sudah pasti berbeza dari zaman persekolahan di sekolah. Selepas menunggu lebih kurang 3 bulan keputusan SPM pun diumumkan. Aku yang tidak berapa yakin dengan kemampuan aku untuk mendapat keputusan cemerlang dek kerana di kelilingi oleh insan-insan bijaksana hanya mampu berharap yang terbaik untuk diri aku. Alhamdullilah aku berjaya mendapat keputusan yang agak bagus dan tanpa sebarang gred C. Sesuatu yang aku cukup rasa bersyukur. Dengan keputusan sebegini dalam tangan aku mencuba untuk mendaftar masuk ke institut pengajian awam di Malaysia ini. Namun aku gagal. Dengan pengetahuan mengenai sistem yang agak kurang aku akhirnya masuk ke sistem Matrikulasi.
Selama lebih kurang satu semester di Matrik Labuan, hidup adalah sangat indah, gembira tetapi kosong. Kenapa aku berkata begini, ya memang benar di matrik aku melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti melibatkan kepimpinan dan memperoleh lebih ramai kawan baru. Dari Sarawak, Sabah mahupun Semenanjung. Tetapi keputusanku sangat teruk. Di matrik tidak malu untuk aku katakan yang aku tidak mendapat apa-apa input apa yang aku pelajari. Akhirnya dek kerana takut diri jatuh lebih jauh, hanyut lebih jauh, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sistem matrik. Meninggalkan tanggungjawab sebagai Badan Kepimpinan yang aku perolehi hasil undian rakan-rakan. Meninggalkan rakan-rakan baru yang banyak memberi dorongan dan semangat serta meniggalkan wanita yang berkongsi kasih sayang, suka dan duka dengan aku selama aku berada di matrik. Secara kesimpulannya sepanjang tempoh 2006 sampailah 2007 hidup aku penuh dengan kekosongan. Hidup aku cumalah menghabiskan masa dan berharap hari esok ada peluang untuk aku dan peluang itu akan merubah hidup aku.
Akhirnya peluang datang untuk aku mengubah hidup. Peluang yang aku boleh katakan aku tidak begitu pasti akan berjaya atau tidak. Namun dengan sedikit rasa percaya dan yakin aku teruskan. Siapa tahu rezeki aku. Peluang ini lah yang membawa aku di Semenanjung smpai sekarang. Dan di waktu ini ketika aku menulis entri ini aku masih lagi tidak begitu pasti sama ada peluang yang aku harap ini boleh membawa aku pergi jauh dalam hidup ini. Namun kita kena sentiasa berfikiran positif. Berdoa mudah-mudahan segala apa yang dirancang oleh Allah adalah yang terbaik buat diri kita. Begitulah serba sedikit perjalanan hidup aku yang aku ingin kongsikan bersama anda pembaca-pembaca sekalain. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.
Hidup kena terima hakikat
Peace No War....



bai, nama ku ko ndak sebut pun..ak watak pntg bah
ReplyDeleteada bah.. sepa bilang ndak ada...
ReplyDelete