Dulu sekitar tahun 2005 sampai 2008
aku rasa hampir 75% ( tidak mengikut perangkaan sebenar ) rakyat Malaysia terutama golongan remaja menggunakan telefon bimbit NOKIA.
Bermula dengan model klasik 3310 sampai lah ke model yang mempunyai nama khas seperti Daun, Sabun, N-Gage Classic dan QD semua orang pakai. Tapi aku bukan nak cerita pasal HP. Aku nak cerita pasal game HP Nokia yang top mcm goreng pisang panas yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Aku ingat lagi dulu, punya la top sampai ada orang beli game kat kedai HP, mahal plak tu, padahal kalau reti download free je, janji ko ada memory card saiz besar. Time tu 2 GB la paling besar. Beli HP dpt memory free 64 MB...64 MB hahahaha kalau sekarang memory 64 MB boleh masuk lagu je la, apps pun tak lepas kot nak masuk.
Tempat ke-5
SNAKE
Kepada yang pernah memilik HP Nokia lama seperti 3310 dan Butterfly, pasti anda pernah main game ni. Game yang sangat simple anda hanya perlu sambungkan titik-titik yang ada di skrin. Setiap kali berjaya sambung Snake anda akan memanjang. Syaratnya tak boleh langgar ekor kalau langgar GAME OVER. Main la smpai Snake anda sepanjang penuh satu skrin HP anda. Game yang nampak senang tapi susah. Memerlukan penumpuan yang sangat tinggi. Walaupun game ni tak ada warna tapi still best dan mengasyikan. Lebih2 lagi bila dapat score yang lagi tinggi dari roomate asrama anda.
Tempat ke - 4
BOUNCE.
Game berwarna pertama aku main. Time aku Form 5 pinjam HP Nokia kawan aku. Kalau ingat balik kesian plak aku kat kawan aku tu, bateri HP dia habis sebab aku asyik main game ni je. hehehehe...
Game di mana anda kena mengawal bola merah yang boleh mengecil bila melalui gelung, meletup bila tercucuk duri, terapung bila melalui kawasan air, serta boleh mmbesar bila smpai di sesuatu tempat. Tak ketinggalan bola ini juga boleh melantun tinggi sesuai dengan namanya Bounce. Game ni aku masuk tempat ke-4 sebab aku tak pernah habis main game ni. Kalau tak sesat asyik meletup. Game yang mencabar kesabaran dan kekreatifan anda menempuh halangan untuk smpai ke garisan penamat.
Tempat ke-3
SKY FORCE & SKY FORCE RELOADED.
Game peperangan yang sangat syok dan cool. Anda berperanan sebagai juruterbang kapal perang zaman World War. Setiap level dilengkapi dengan weapon upgrade serta dificullty level bos yang semakin meningkat. Grafik game ini jugak boleh tahan, standard PS1 pada waktu tu. Lagi menarik game ni ada 2 version iaitu Sky Force dan juga Sky Force Reloaded upgrade dari versi pertama. Oleh kerana game ni best aku main game ni sungguh-sungguh dan aku berjaya menghabiskan kedua-dua game ini sampai lah final bos. Rasa teringin plak nak main semula game ni. huuuuu....
Tempat ke- 2
Asphalt Urban GT
Game lumba kereta ala-ala Need For Speed. Game yang cukup semua sifatnya ini memang layak untuk berada di tangga ke-2 carta game Nokia. Grafik yang lawa, kawalan kereta yang lancar, serta pilihan kereta yang banyak membuatkan semua orang jatuh hati dengan game ini. Tapi nak dapat semua kereta ni bukan senang beb, kena main semua mode dan paling penting dapat duit yang banyak untuk anda upgrade kereta anda. Game ni lah yang buatkan anda sanggup delete game-game lain dalam phone anda sebab memory anda kecil ataupun anda sanggup cari duit nak beli memory card baru khas untuk bubuh game ni dalam HP anda. hehehehe...
Sebelum ke tempat pertama mari kita tinjau-tinjau game-game lain yang mungkin anda pernah main dan mungkin juga anda tak pernah lihat lantaran kekurang pendedahan anda terhadap dunia game. Antaranya :
FIFA 2005, Rayman Revenge, King Of Fighter, Pool, X-Men, Metal Slug, Super Miners dan lain-lain.
Tempat Pertama (1)
Explode Arena.
Game yang memang aku tak perlu nak kenalkan pada kamu semua. Game ini aku rasa semua orang tahu pada masa tu dan pernah main game ni. Game yang sangat mengasyikan. Paling best game ni boleh merapatkan silaturrahim, yelah boleh main ramai-ramai pakai fungsi Bluetooth. Main tak kira masa plak tu, lecturer tengah mengajar kat depan boleh main Explode Arena ramai-ramai kat belakang. Aku main game ni kat N-Gage, aku respek la korang-korang yang main game ni kat HP sabun atau daun, nak kawal susah tu pakai button kat tengah tu...respek la. Fav mode aku, main rebut-rebut bendera. best gila. Lagi best kalau kuasa bom ko dah maximum dan ko ada suis letup bom. memang best. Explode Arena terbaik. .
Yang indah itu kenangan
Hidup kena terima hakikat
Peace No War...













No comments:
Post a Comment