Friday, August 26, 2011

Kebangkitan Geng Mawas


  
Lama tak menonton wayang dengan Pokpih. Kali terakhir tengok wayang dengan beliau ialah tak silap aku cerita lembap Percy Jackson The Lightning Thief time aku masih bergelar penduduk Kota Damansara ( zaman kanak-kanak ) So aku pun mengajak la Pokpih di kesibukan bazaar Ramadhan Subang Perdana. Dia pun bersetuju dan kami sepakat tengok filem Mawas yang Bijak. Pdut pun join sekali. Tengok midnight show pada hari rabu dengan harga yang murah. Al-maklumlah berjimat cermat nak dekat hari Raya ni. 

Secara keseluruhannya, filem Planet Of The Apes ni, adalah satu cerita yang tak indah khabar dari rupa. Mula-mula time aku tengok trailer dia, macam tak berapa nak best. Ye la dulu aku tengok Planet of The Apes yang kat TV3 tu aku tertidor selepas dalam setengah jam lantaran ketidak best-an cerita tu. Sebab memori tu aku pun rasa x payah la tengok filem ni kat panggung. Kemudian bila aku buka review pasal filem ni, semua orang cakap best. Aku pun terpengaruh la, besa la muda mudi sekarang ni kan mudah terpengaruh. Kemudian aku pengaruhi plak Pokpih dan Pidut g tgk sekali. 

Apa yang aku suka tentang filem ini ialah tentu sekali jalan ceritanya yang memang tersusun dengan baik. Perkembangan plot yang tak membosankan serta klimaks yang akan buat anda tahan kencing sebab tak nak terlepas setiap scene dalam cerita ni. Dari segi plot dan jalan cerita memang terbaik. Bila tengok cite ni ko akan cakap, aku memang x sangka la cerita dia macam ni. Memang best. 

Dari segi CGI plak memang x leh nak cerita la. Memang cantik dan realistik. Dulu zaman-zaman cerita Planet Of The Apes lama. Cast mawas dia ialah orang yang berpakaian dan dimekapkan jadi mawas ala-ala king kong dalam Bang Bang Boom tu. Sekarang ni semua CGI. So nampak real la mawas tu. dia punya ekspresi muka dan sebagainya. Memang something new yang harus di tonton. 

James Franco yang terkenal dengan watak Harry Osbourne dalam cite Spiderman adalah watak utama dalam cerita ini, dalam sangkaan aku la. Tapi ternyata sangkaan aku meleset. Sebelum aku tgk cite ini aku expect yang cite ni akan banyak scene manusia. Scene manusia nak cari cara tumpaskan mawas-mawas yang bijak ni. Tapi bila dah tengok cerita ni memang cerita ni pasal mawas. Banyak scene mawas, dan klu x ada pown scene tu akan jadi titik penting dalam watak mawas-mawas ni. Ini baru lah nama filem Planet Of The Apes. Nisbah scene mawas ngan manusia 80:20 watkan anda rasa Transformer 3 tak sepatutnya dipanggil Transformer. 



Dan yang paling penting bagi aku ialah watak Mawas Ceasar. Memang terbaik. Watak yang betul-betul hidup. Bila dia wat lawak orang kat panggung akan gelak. Bila dia wat muka serius orang kat panggung gelak lagi. Bila dia wat sedih-sedih lagi la orang kat panggung gelak. Pelik aku mamat kat atas aku tu, semua benda dia gelak, scene x lucu pun nak gelak. Ntah apa-apa. Klu nak bandingkan kehebatan watak Ceasar ni bagi aku macam Sofi Jikan la. Orang x berapa nak amik dia belakon tapi bila dia berlakon watak dia memang hidup dan akan watkan orang ingat watak tu sampai bila-bila. Nasib baik la Ceasar ni CGI, klu mawas betul mesti banyak offer berlakon filem lepas ni. 

 

Secara keseluruhannya, filem Planet Of The Apes : Rise Of Planet Of The Apes ini adalah satu filem yang bagus dan berbaloi untuk ditonton di panggung. Aku kasi 4 dari 5 bintang untuk jalan cerita, watak serta penambahan elemen-elemen istimewa yang akan wat anda terkezut. . .Ada masa lagi ni klu nak tonton kat panggung. Klu malas a.k.a x da budget gi la cari link download. Best....cite Mawas. Better cikit dari Mawi. .Ok Sampai jumpa lagi di review akan datang. 


Hidup kena terima hakikat 
Peace No War.

Satu Hari di Hari Raya,



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Will be offline for a week. What a wonderful Ramadhan this year. Hopefully will have a chance to meet with Ramadhan next year. All my friends ure a most welcomed to my house this Hari Raya. See you all there. 



Friday, August 19, 2011

Perjalanan Hidup - Bahagian 2

     Selepas kejayaan yang agak cemerlang dalam PMR, ayahku mengambil keputusan untuk melepaskan aku pergi jauh dari rumah. Aku menerima keputusan ayahku dan yakin bahawa ini adalah satu keputusan yang baik bagi aku. Aku pun mendaftar masuk ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu. Alhamdullilah sepanjang berada di sana selama 2 tahun, bermula tingkatan 4 smpai la hari terakhir aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, MRSM Kota Kinabalu adalah tempat paling istimewa dan telah memberi kesan yang besar dalam hidup aku. Di sini lah aku berkenalan dengan rakan-rakan yang sampai sekarang masih lagi berhubung dan boleh aku katakan masih sama-sama berjuang memenuhi cita-cita masing-masing. 


   Di sinilah aku belajar berdikari, belajar membuat keputusan sendiri, belajar erti kesusahan, belajar untuk lebih dewasa meniti arus angakara. Di sinilah aku mengenal sahabat-sahabat baru seperti Muhamad Nurhafizi, Zainal Mukhtar, Endysyam Johansyah, Syahmi, Farhan, dan ramai lagi yang sampai sekarang masih mencorakkan warna dalam kehidupan aku. Di sini jugaklah aku memperkukuhkan persahabatan yang sedia ada dengan Ahmad Zuliqram dan Aruddin. Paling penting, di sini jugalah aku mengenal seorang wanita yang aku rasa nak jumpa tiap-tiap hari, nak bercakap dengannya tiap-tiap hari dan paling penting nak bersamanya tiap-tiap hari. Aku tak pasti samaada ini adalah perasaan cinta atau tidak. Tapi apa yang aku pasti aku hanya memandangnya dari jauh dan segala yang ku inginkan tidak pernah aku dapat sampailah sekarang. Sudah agak lama aku tidak berjumpa denganya, dan aku harap dia akan sentiasa berjaya dan bahagia.
    
      Mengimbau hari-hari terakhir di MRSM, sedih hati kerana bakal meninggalkan zaman persekolahan yang tidak akan di akan kembali lagi. Selepas ini perjalanan hidup sudah tentunya berubah. Zaman kuliah di Universiti sudah pasti berbeza dari zaman persekolahan di sekolah. Selepas menunggu lebih kurang 3 bulan keputusan SPM pun diumumkan. Aku yang tidak berapa yakin dengan kemampuan aku untuk mendapat keputusan cemerlang dek kerana di kelilingi oleh insan-insan bijaksana hanya mampu berharap yang terbaik untuk diri aku. Alhamdullilah aku berjaya mendapat keputusan yang agak bagus dan tanpa sebarang gred C. Sesuatu yang aku cukup rasa bersyukur. Dengan keputusan sebegini dalam tangan aku mencuba untuk mendaftar masuk ke institut pengajian awam di Malaysia ini. Namun aku gagal. Dengan pengetahuan mengenai sistem yang agak kurang aku akhirnya masuk ke sistem Matrikulasi. 

 

   Selama lebih kurang satu semester di Matrik Labuan, hidup adalah sangat indah, gembira tetapi kosong. Kenapa aku berkata begini, ya memang benar di matrik aku melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti melibatkan kepimpinan dan memperoleh lebih ramai kawan baru. Dari Sarawak, Sabah mahupun Semenanjung. Tetapi keputusanku sangat teruk. Di matrik tidak malu untuk aku katakan yang aku tidak mendapat apa-apa input apa yang aku pelajari. Akhirnya dek kerana takut diri jatuh lebih jauh, hanyut lebih jauh, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sistem matrik. Meninggalkan tanggungjawab sebagai Badan Kepimpinan yang aku perolehi hasil undian rakan-rakan. Meninggalkan rakan-rakan baru yang banyak memberi dorongan dan semangat serta meniggalkan wanita yang berkongsi kasih sayang, suka dan duka dengan aku selama aku berada di matrik. Secara kesimpulannya sepanjang tempoh 2006 sampailah 2007 hidup aku penuh dengan kekosongan. Hidup aku cumalah menghabiskan masa dan berharap hari esok ada peluang untuk aku dan peluang itu akan merubah hidup aku. 


       Akhirnya peluang datang untuk aku mengubah hidup. Peluang yang aku boleh katakan aku tidak begitu pasti akan berjaya atau tidak. Namun dengan sedikit rasa percaya dan yakin aku teruskan. Siapa tahu rezeki aku. Peluang ini lah yang membawa aku di Semenanjung smpai sekarang. Dan di waktu ini ketika aku menulis entri ini aku masih lagi tidak begitu pasti sama ada peluang yang aku harap ini boleh membawa aku pergi jauh dalam hidup ini. Namun kita kena sentiasa berfikiran positif. Berdoa mudah-mudahan segala apa yang dirancang oleh Allah adalah yang terbaik buat diri kita. Begitulah serba sedikit perjalanan hidup aku yang aku ingin kongsikan bersama anda pembaca-pembaca sekalain. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. 


Hidup kena terima hakikat
Peace No War....

Monday, August 15, 2011

Perjalanan Hidup - Bahagian 1

Zaman persekolahan adalah zaman terindah dalam hidup seseorang insan. Bagi aku yang banyak menghabiskan masa dengan bermain, bergurau-senda, tertawa riang gembira tanpa ada rasa risau akan hari esok, zaman persekolahan adalah satu garis masa yang ingin aku ulang semula tatkala aku dibebani rasa tekanan dan masalah hidup di kala aku bergelar lelaki dewasa ini. Zaman persekolahan lah yang mengajar aku erti sebenar persahabatan yang dibina bukan atas dasar wang ringgit dan harta benda tetapi atas dasar saling percaya-mempercayai antara satu sama lain dan ingin sama-sama berjaya dalam mengejar cita-cita. 

Zaman persekolahan sekolah rendah aku banyak diisi dengan memori indah bersama rakan-rakan yang sudah lama aku tak jumpa. Lelaki mahupun perempuan. Ramai yang sudah terputus hubungan lantaran berjauhan dan tidak bersama ketika memasuki alam sekolah menengah. Aku masih ingat aku dulu mempunyai seorang rakan kacukan Melayu dan British bernama Huzaiffah Amir. Ayahnya seorang Melayu dan ibunya warga British. Kami bersahabat baik, sama-sama menjadi pengawas sekolah. Aku masih ingat aku sering berada di sebelahnya ketika upacara perhimpunan rasmi hari Isnin kerana kami berkongsi tugas yang sama iaitu menaikkan bendera. Selain daripada itu, memori zaman sekolah rendah aku juga banyak di isi dengan penglibatan aku dalam aktiviti ko-kurikulum seperti Majlis Tadarus Al-Quran acara Bercerita Kisah-Kisah Anbia, Junior Story Telling Competition Tawau District, dan Sukan Badminton acara Bergu. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Aku sangat-sangat bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang menyertai aktiviti yang pada pendapat aku banyak mengajar aku untuk lebih gigih dan rajin jika ingin berjaya. Aku menamatkan zaman persekolah sekolah rendah aku pada tahun 2000. Lebih manis lagi bila aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR yang pada waktu itu boleh dikatakan agak sukar untuk dicapai terutama bagi pelajar-pelajar seperti kami di yang berada jauh dari kawasan bandar. 

Selepas itu, aku meneruskan zaman persekolahan sekolah menengah aku di SMK Umas-Umas Tawau. Juga sekolah Felda. Ramai yang bertanya kepada aku kenapa aku tidak menyambung pelajaran di luar FELDA lantaran keputusan UPSR ku yang cemerlang. Aku hanya tersenyum kerana pada waktu itu, di dalam hati aku tidak ada lagi keinginan untuk pergi jauh dari tanah tempat aku membesar. TIdak ada lagi keinginan untuk pergi jauh meninggalkan segala memori indah yang telah ku cipta di tanah FELDA UMAS ini. Hati aku pada waktu itu hanya dipenuhi sifat keanak-anakkan yang masih ingin bergembira dan bersuka ria bersama rakan-rakan tanpa memikirkan masa depan. Sekolah menengah adalaha zaman di mana aku mula-mula belajar apa yang dinamakan melanggar peraturan, apa rasanya bediri di hadapan kelas sambil mengangkat kedua-dua belah tangan kerana berbuat bising dalam kelas ketika ketiadaan guru serta merasa betapa pedihnya objek yang dipanggil rotan bila dihayun dan mengena punggung pada kelajuan yang tinggi. Aku masih ingat di Tingkatan 1, aku dipilih menjadi salah seorang anggota Badan Pengawas sekolah. Secara luarannya aku merasa agak bangga kerana aku berlainan dari pelajar lain dari segi pakaian dan aku berada dalam barisan lain ketika perhimpunan sekolah. Tetapi lama kelamaan perasaan bangga itu hilang tatkala aku melihat prospek tugas seorang pengawas di sekolah aku hanyalah sebagai tukang angkat buku cikgu, tukang naik bendera baca doa, lafaz ikrar masa perhimpunan. Tidak lebih dari itu. Kemudian aku mengambil keputusan drastik untuk keluar dari Badan Pengawas ketika aku di Tingkatan 2. Aku gembira menjadi pelajar biasa. Aku gembira memakai seragam putih tanpa tali leher dan aku gembira boleh berbuat bising ketika ketiadaan guru. Masa ketika berada di Tingkatan 2 banyak dihabiskan dengan bermain lantaran tidak ada apa-apa peperiksaan penting lagi pada ketika itu. Tingkatan 3, aku paling ingat 3 perkara penting dalam hidup aku. Pertama, ketika aku dipanggil untuk menghadiri temuduga menjadi pengawas. Apabila Guru disiplin bertanya soalan, " Kenapakah anda berminat menjadi pengawas" aku dengan selambanya berkata " Aku tidak suka langsung hendak menjadi pengawas" Air muka cikgu pada masa itu berubah serta merta dan dengan nada lantangnya menyuruh aku keluar dari bilik itu. Cikgu Nazri, masihkah cikgu ingat akan pada saya dan kata-kata saya? Kedua, ketika aku secara rasminya menyatakan yang aku menarik diri dari mengambil bahasa Arab untuk Penilaian Mengah Rendah PMR, dengan alasan terlalu banyak mata pelajaran dan ini satu bebanan bagi aku. Ustaz Amir Hamzah pada ketika itu menerima keputusan aku dengan hati terbuka. Dan yang ketiga tak lain tak bukan ketika aku menerima keputusan PMR aku. Alhamdullilah, sekali lagi aku mendapat keputusan cemerlang, Pelajar Terbaik Sekolah. Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan mendoakan kejayaan aku. Ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan. Terima Kasih semuanya. Dengan keputusan ini jugalah aku mengorak langkah dan mengambil keputusan yang akan mengubah hidup aku sampailah sekarang. . . . .





Bersambung di bahagian ke-2..
Hidup Kena Terima Hakikat..
Peace No War...

Sunday, August 7, 2011

Kaedah mengenal TAME menerusi Facebook post.

Macam mana nak mengenal seseorang tu adalah seorang yang berprofesion TAME melalui facebooknya.
Senang je. Caranya, kalau nak tahu bacalah post-post yang dia buat kat wallnya.
Kebiasaanya, seorang TAME akan kerap dan senantiasa mengupdate facebook postnya dengan hal-hal berkaitan dengan kerjayanya sebagai seorang Trainee Aircraft Maintenance Engineer.
Mari kita tinjau antara post-post facebook yang boleh dijadikan klu yang dia adalah seorang trainee.

  "Pagi ni ujan, pintu fwd cargo tak buka lg jd tak leh buat kerja lg :p"
-penulis post ini mengatakan yang dia tidak boleh berkerja pada pagi ini kerana 2 sebab 
hujan dan pintu fwd cargi tak buka lagi. Sebab pertama boleh berlaku pada semua orang tidak boleh kerja sebab hujan. Tetapi sebab ke-2 jelas menunjukkan yang dia bekerja di bahagian yang ada fwd cargo kebiasaanya kapal terbang. Jadi jelaslah yang penulis post ini seorang trainee aircraft engineer.

Inilah yang dinamakan Forward Cargo Door

" .......esok tolong eksplain aku antiskid dengan autobrake. aku x tau & malas bace. sekian "
Penulis post ini menyatakan yang dia tidak tahu dan malas hendak membaca. Dalam kes ini semua orang tak kira apa profession sekali pun kadang-kadang tak tahu dan malas nak baca. Tetapi bila dia mengatakan yang dia meminta nama-nama yang dia tag untuk menerangkan kepadanya pasal antiskid dan autobrake yang biasa ditemui di dalam sistem kapal terbang moden jelaslah yang dia ( penulis post ) seorang trainee aircraft engineer. 

"Korg pasan x kt citer die hard 2..
Asal fueling port kat 747-200F kat engine pylon.."

Penulis post ini pulak mengutarkan persoalan yang hanya akan dapat di timbulkan dan lebih penting lagi dijawap oleh orang-orang yang arif dan tahu sistem kapal terbang Boeing 747-200F. Kalau orang yang belajar pasal seni dia hanya akan menimbulkan persoalan seperti " Asal cite die hard 2 ni tak diselitkan dengan unsur-unsur komedi" Dengan ini jelaslah pada kita yang penulis post ini seorang trainee aircraft engineer.

"Preparing for EGR tonite"
Penulis bersedia untuk EGR. Apakah itu EGR? EGR adalah singkatan bagi Engine Ground Run iaitu satu proses atau method yang biasa dilakukan pada kapal terbang untuk menguji keadaan sesuatu engin. Siapa yang biasa bersedia untuk EGR, tak lain tak bukan trainee aircraft engineer. 

EGR Proses dilakukan dalam tempat khas.

"Bye-bye 9M-MPO [via Celcom SMS]"
Apakah yang dimaksudkan dengan 9M-MPO?
Kenapakah penulis post ini mengucapkan bye-bye kepada nombor itu? 
9M-MPO adalah nombor pendaftaran sebuah kapal terbang dan ucapan selamat tinggal itu boleh membawa makna yang kapal terbang itu sudah selesai di selenggara dan akan dilepaskan untuk menjalankan fungsinya membawa penumpang. Siapa yang besa berhadapan dengan situasi seperti ini. Sudah tentulah trainee aircraft engineer. 

Kapal Terbang 9M-MPO milik Malaysia Airlines

"kalau korg plan nak hdup lama,jgn plan nak naik kpl trbg time aku ngan Khairudin Tahir jd captain n FO..sbb time stall ktorg juz duk diam n xde prasaan..btw, great landing kn,odeng? xcrash pn mcm Meet-Uncle Sudin n Asnulhaini Bin Ahmad tuh"
Post di atas ini pulak membawa 2 persoalan samaada penulisnya seorang trainee pilot ataupun seorang trainee aircraft engineer. Persoalan ini saya jadikan sebagai tugas kepada pembaca-pembaca sekalian. Terpulang pada anda menilai dan mencari jawapannya sendiri. Nak lagi senang on facebook anda taip nama-nama yang di tagged tu, pastu tgk drg ni kerja apa. . . Insya Allah jawapan ada bagi yang berusaha mencarinya. 

Begitulah antara post-post facebook yang boleh anda jadikan bukti yang penulisnya adalah seorang trainee aircraft engineer. Saya harap penjelasan saya jelas dan anda semua boleh memahaminya. Sehingga bertemu lagi dalam entri yang akan datang.

Hidup kena terima hakikat 
Peace No War....

Captain America. Hero atau pro-paganda.

Bertemu sekali lagi. 
Hari rabu lepas aku dan rakan aku Apeng, Apeng? agak pelik sebenarnya bagi mereka-mereka yang mengenali aku kerana aku menonton wayang berdua-duaan bersama Apeng. Tapi aku nak ucap terima kasih la pada Apeng kerana ajak aku tengok cerita ni. Sebab kalau Apeng tak ajak memang aku tak kan tengok la cerita ni. 
Ya la besanya aku akan tengok di awal tayangan, tapi sebab aku balik cuti di kampung halaman dan kampung halaman aku agak terpencil dan panggung wayangnya hanya akan menayangkan cerita terbaru apabila cerita tu dah tak berapa nak baru so aku amik keputusan untuk tidak menonton filem ini di panggung. Sehingga lah Apeng ajak aku tengok. 



Secara keseluruhanya cerita Captain America ini agak menarik dan tidak lah begitu rugi jika anda menontonnya di pawagam. Ada beberapa elemen yang buatkan aku tertarik dengan cerita ini tidak termasuk kesan grafik CGI yang digunakan untuk menguruskan dan mengecikkan tubuh badan Chris Evans serta adegan berlawan, tembak-menembak dan kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam peperangan ini. 

Apa yang lebih menarik perhatian aku ialah idea asal sebenar Captain America ini yang masih dikekalkan dalam cerita ini iaitu sebagai propaganda untuk menarik perhatian rakyat America supaya percaya yang tentera America mampu memenangi perang dunia kedua ini, disamping penaik semangat kepada askar-askar yang berjuang untuk tidak berputus asa dan sentiasa percaya dalam hati mereka yang mereka mampu menewaskan askar-askar Hitler. Kepada yang tahu sejarah komik America, tujuan awal penulisan komik seperti Superman, Captain America dan Wonder Woman sebenarnya adalah untuk tujuan seperti yang telah aku tuliskan di atas itu. Agak menarik sebenarnya melihat seorang lelaki yang matlamat utamanya adalah untuk berkhidmat kepada negaranya akhirnya hanya jadi penghibur pentas untuk mengaburi mata rakyat Amerika untuk membeli bon-bon untuk membiayai kempen perang Amerika. Dari segi jalan cerita, dialog dan pemilihan watak semuanya memang menarik dan tepat. TIdak ada komen yang tidak baik dari aku dalam aspek itu. 

Paling best bagi aku ialah kostum Captain America yang sangat logik dari segi penceritaannya. Ya pada mulanya kostum yang di pakai hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian orang, agak lucu dan kurang elemen keheroan itu, sehinggalah bila Captain America terbabit secara langsung dalam peperangan kostum itu di upgrade kan menjadi sangat cool dan smart. Ditambah dengan perisai yang jadi lambang kekuatan Captain America semua elemen yang perlu ada dalam Captain America telah pun di masukkan dengan cukup teliti dan tersusun. Cuma bagi aku penghujung cerita agak terburu-buru, bermula dari kematian rakan baik Captain America sehinggalah dia menceroboh masuk ke base akhir Hydra. Nampak pengarah macam nak tamatkan dengan cepat dan itu mungkin satu langkah yang bijak kerana jika tidak diolah dengan betul klimaksnya mungkin akan jadi macam Transformer 3 panjang dan menjengkelkan. 


Paling penting ialah after credit scene di mana ada ditunjukkan Trailer untuk filem The Avengers yang akan datang. Dalam trailer ini di tunjukkan bagaimana hero-hero seperti Iron Man, Thor dan Captain America berkerjasama untuk menewaskan kejahatan. Turut ditunjukkan Loki yang mungkin akan jadi watak jahat utama dalam cerita ini. Pengenalan untuk watak kecil lain turut dipaparkan seperti watak Hawk-Eye.
Secara keseluruhanya, aku amat berpuas hati dengan filem Captain America The First Avenger ini. Kepada peminat Marvel ini adalah satu filem yang wajib tonton bukan sebab nak tengok trailer The Avenger tapi sebab filem ini memang menarik dan seperti yang aku katakan tadi mengandungi semua elemen yang perlu ada dalam Captain America. Dengan penilaian jujur dari aku, aku ratingkan filem ini  4 bintang dan kategorikan ia sebagai filem perlu tonton. Sampai bertemu lagi..


Hidup kena terima hakikat. 
Peace No War.

Wednesday, August 3, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalammualaikum..
After a long break i return to my home at Bukit Subang. 10 days break seems not enough and seems so fast. 
I return exactly in the time of Ramadhan where muslim fasting for the whole period of one month. No eating nor drinking during the day up till when the time come to "berbuka puasa"
For me, this will mark the 5th time i fasting here in Selangor. 
How time passed so fast, its been almost 5 years im here at Semenanjung. 
I hope this year Ramadhan will be much much better than the previous Ramadhan.


I wish all the muslim Happy Fasting.