Thursday, June 30, 2011

Transformer 3 : Dark Of The Moon The Ulasan.



Semalam 29 Jun 2011, berakhirlah penantian peminat-peminat Transformer seluruh dunia apabila Transformer 3 : Dark Of The Moon secara rasminya di buka di pawagam seluruh dunia untuk tontonan. Aku salah seorang yang menunggu-nunggu filem ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan filem ini pada hari pertama tayangan. 
Sekarang aku nak beri sedikit ulasan mengenai filem Transformer 3 ini. Ini adalah dari pendapat jujur lagi ikhlas seorang peminat kipas susah mati Transformer yang sanggup habiskan duit belanja semata-mata untuk beli Voice Changer Helmet Optimus Prime iaitu aku. hehehehe...


Mirage yang cool

Masyuk la weiii....
1) Megatron bertukar daripada lori memang cun, siap ada mcm scarf tutup kepala dan sebahagian bahu.
2) Optimus lawan Sentinel. Time Sentinel potong tangan Optimus tu aku rasa macam nak jerit YES je kuat-kuat dalam panggung. Baru la best ada unsur kejutan. Baru la betul Sentinel lagi kuat dari Optimus. Dah nama guru bekas Leader. 
3)Design Sentinel Prime mmg cun dan cool. Warna, bentuk, muka, senjata, dialog, peranan dia mmg sangat-sangat menusuk kalbuku. Kalau ada jual helmet Sentinel Prime mmg aku beli la. 
4)Optimus Prime marahkan manusia sebab ada menyimpan rahsia dengan dorang. Fuhh....baru la nmpk leader sikit. X da la asyik ikut manusia je. 
5)Unsur-unsur sedih yang cuba diterapkan oleh Michal Bay lam cite ni time konon-kononnya Autobots dah mati sebab kapal drg kena tembak ngan Starscream dan time Sam x leh nak wat apa-apa bila Bumblebee nak kena bunuh mmg best. Muzik dia pun kena. Mood sedih tu mmg ada la...
6) Mirage transformer merah yang bertukar jadi kereta Ferrari mmg cun. Tgn dia yg mcm ada sbit tu mmg cun la. Smart siot... 
7) Optimus Prime terbang, mmg smart. Design wing dia mmg cun. Terbaik.
8)Lain-lain tu standard la. Dah besa tengok dan kadang-kadang boleh ramal apa nak jadi. 

Sentinel Prime

 Kureng ckit
1) Decepticon dalam cerita ni loser nak mampos. Banyak je tapi bodoh. Mcm mana robot kecik boleh tumpaskan kapal besar Decepticon. hmmm.....no komen. 
2)Lawak bodoh dalam cerita ni buat aku benci tgk. Masuk lam tandas kuarkan kertas dari underwear dan bos Sam datang umah dia nak bermanja-manja dengan Bumblebee. Tak payah la wei, buat adegan mcm tu. Nyampah aku tgk x da function. Baik ko ganti scene tu dengan scene pengenalan Shockwave tu sepa, Soundwave tu sepa. Aduiii...
3) Sebelum movie ni kuar ada ura-ura mengatakan yang watak Shockwave dan Soundwave akan dimasukkan dalam Decepticon. Punya la aku suka, Ni watak Bad Ass yang semua fan Transformer suka even drg jahat. Kalau drg tak da mcm x lengkap geng Decepticon. Tapi dalam filem ni, nmpk tak power langsung, kuar sekejap je, lawan sekejap je mati. Shockwave kerja dia musnahkan bangunan je dengan benda mcm cacing besar tu. Lawan dengan Autobots x da cabaran langsung. Wat la lawan kaw-kaw punya muvie last kot. Adoiii...napa la mcm tu...Kesian la woi...Decepticon dalam filem 3 ni mcm aku ckp total loser. 
4)Megatron hanyalah sekadar penghias dalam filem ke-3 ni, adegan dia, bercakap, marah, bercakap marah, bertukar, bila time berlawan sekejap je mati...Ni leader Decepticon la wei..Agak-agak la nak wat di smpai mcm tu. 
5)Mcm muvie 1 dan 2 nisbah filem ni 60 % manusia 40% robot. Aku nak tgk robot, Transformer. kalau kurangkan nisbah manusia jadi 20% pun aku x kisah. hehehe..dah nama muvie Transformer. 
6) Untuk mencapai tahap klimaks crita ni mmg best tapi bila start klimaks adegan perang dah start lama sngt dah la bnyk diisi dengan adegan manusia. Agak bosan gak smpai la part Sentinel lwn Optimus baru mood ada balik.
7) Ironhead punya la hebat masa lawan Decepticon yang mcm Predator tu, gabung ngan Sideswipe plak tu, tapi mati bodoh mcm tu je. Tunjuk la sikit dia lawan Sentinel. Weapon Speacialist tu...Adoiii.. 
8) Tak ada tunjuk scene Optimus Prime attach wing dia. Tgk-tgk dah terbang. Agak kecewa la, mcm Transformer 2 tunjuk dia attach part Jetfire ngan ada elektrik semua mmg cool la.
9) Sebab dah lama sngt, ending terpaksa la wat simple2. dah x mcm Transformer 1 ayat Optimus last-last mmg legend dan wat org nak ucapkan selalu bila bercakap pasal Optimus Prime. 

Shockwave yang di anak tirikan.
Secara keseluruhannya, aku bagi 3 daripada 5 bintang, bagi yang hanya melihat Transformer seperti satu movie yang aku nak tonton sebab grafik lawa mmg itulah yang akan anda rasai bila menonton filem ini. 
Bagi yang mengharapkan lebih dari itu, kecewalah jawapnya. Dari segi jalan cerita dan perkembangan plot ok la boleh la...compare ngan yang ke 2. Aku tak akan larang korang menonton filem ni di panggung bahkan aku galakkan sebab filem mcm ni mmg kena tgk kat cinema baru ada feel. Ok la aku pun x nak ckp bnyk. aku akan download muvie ni klu ada link, dan akan tgk scene best je mcm Sentinel lawan Optimus. Lain tu aku fast forward je. K la. Smpai jumpa lagi lam review muvie lain plak. Sekian.

Budak poyo pakai helmet
Hidup kena terima hakikat... Peace No War.

No comments:

Post a Comment